Caption: PERLU PEMANTAUAN...Gambar jarak jauh menunjukkan lekokan yang
timbul di atas permukaan jalan antara Panggil dan Kemintin Klauh hari ini.
SRI AMAN, Selasa (3 April) – Kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap
kerosakan teruk terhadap laluan Jalan Sri Aman – Serian yang berlaku di kawasan
Panggil hingga ke Kemintin Klauh, Sri Aman selepas ini.
Hasil pemerhatian rambang sebelum ini, Utusan Sarawak mendapati bahawa
laluan jalan raya di antara kedua-dua kawasan perkampungan tersebut sudah pun
mengalami kerosakan semenjak beberapa tahun lepas.
Keadaan berlekuk telah timbul di atas permukaan jalan raya sepanjang 30
meter dan seterusnya menyukarkan para pemandu kenderaan yang sering menggunakan
laluan jalan Sri Aman – Serian selama ini.
“Lebih parah lagi, dua rekahan besar telah wujud di laluan menuju ke arah
Kuching. Keadaan ini menyebabkan kenderaan kami sering terhentak ketika mahu
melalui laluan tersebut,” kata pengguna kenderaan yang mahu dikenali sebagai
Joshua.
Beliau juga yakin bahawa kerosakan terbabit telah menyebabkan pengguna
kenderaan terpaksa memandu perlahan dan berhati-hati ketika memandu di atas
laluan jalan rosak tersebut.
Sementara seorang lagi pengguna iaitu Min Sen berpendapat bahawa faktor
tanah paya di kawasan tersebut menyebabkan jalan raya di situ mudah mendap
apatah ketika dilalui oleh kenderaan berat pada setiap hari.
“Mungkin kerajaan boleh menimbang untuk memperbaiki semula laluan jalan
berkenaan dengan menembok semula kawasan tersebut dengan tanah agar jalan raya
tidak akan mudah mendap semula di masa akan datang,” katanya.
Beliau turut memberitahu pengguna jalan raya yang kurang berpengalaman
mungkin akan berhadapan dengan risiko kemalangan serius sekiranya tindakan
segera tidak diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut selepas ini.
Tamat.
Terima kasih atas keprihatinan Pengarang terhadap Jalan raya ini. Untuk makluman, kerja naiktaraf untuk kawasan yg rosak ini telahpun dirancang dari hujung tahun 2011 dan peruntukan telahpun diluluskan. Berita Baik! Kawasan jalan yg rosak ini akan diturap semula dalam bulan April ini. Selepas siap nanti, saya berharap Pengarang dapat membuat perbandingan menggunakan gambar lokasi sebelum dan selepas kerja penurapan semula.
ReplyDeleteSila lihat facebook page "Jabatan Kerja Raya Sri Aman" untuk maklumat lanjut
ReplyDelete