Caption: BERMINAT...Kakitangan Inrun Motor sedang menerangkan spesifikasi
Toyota Prius C kepada seorang pengunjung ketika berlangsungnya siri Jelajah
Toyota di Mini Stadium Sri Aman hari ini.
SRI AMAN, Khamis (12 April) – Syarikat Inrun Motor Sri Aman telah mempromosi jenama
kenderaan terbaru keluaran Toyota iaitu Prius
C (City) menerusi aktiviti Siri Jelajah Toyota yang berlangsung di Mini
Stadium Sri Aman hari ini.
Jurucakapnya ketika ditemui memberitahu kenderaan Toyota Prius C terbabit
menampilkan beberapa ciri menarik untuk para pelanggan yang amat mengemari
jenama kenderaan tersebut selepas ini.
Katanya model hibrid kompak terbaru berkenaan iaitu Toyota Prius C telah
memperkenalkan sistem tahap penjimatan minyak yang paling efisien disamping
kurang mencemarkan alam sekitar.
“Bahagian luaran dan bahagian hadapan kenderaan
Toyota Prius C terbabit telah direka secara futuristik dengan bahagian interior
dalaman pula dipenuhi peralatan moden dan canggih.
“Dengan kata lain Toyota Prius C tergolong dalam kategori
kereta masa depan dengan rekaannya sudah tampak berlainan sama sekali jika
dibandingkan dengan kereta konvensional berenjin petrol pada masa sekarang,”
katanya.
Toyota Prius C menurut beliau juga menawarkan sifat
sensitif mesra alam, keseronokan pemanduan dalam bandar dan jarak pemanduan
lebih jauh dengan kos petrol lebih rendah yang semestinya cukup sesuai untuk
golongan muda atau mereka yang baru berkeluarga.
“Menariknya di sini ialah Prius C dilengkapi dengan
Sistem Pemanduan Hybrid Synergy, tujuh beg keselamatan udara, ‘Smart Entry and
Start System’ dan 3.5” Full Colour TFT MID.
“Toyota Prius C ditawarkan pada harga RM98,986.80
(harga termasuk insuran) untuk pengguna persendirian dan RM99,167.47 (harga
termasuk insuran) untuk kegunaan syarikat persendirian,” katanya.
Terdahulu Siri Jelajah Toyota akan berakhir sekitar
jam 7 malam pada 13 April (Jumaat) ini di Mini Stadium Sri Aman dan menawarkan
rebat bernilai RM250 untuk mereka menempah kenderaan tersebut menerusi acara
itu.
Selain tawaran pemanduan secara percuma dan cenderamata, Siri Jelajah
Toyota terbabit turut mempromosi kenderaan Toyota berjenama Vios, Avanza dan
Rush kepada pengunjung yang datang ke Mini Stadium berkenaan.
Tamat.
No comments:
Post a Comment