Mugshot: SNOWDAN DONALD LAWAN
SRI AMAN, Khamis (19 April) – Para belia khasnya dari kawasan Balai Ringin dan yang
berdekatan digalak untuk menyertai Karnival Transformasi Generasi Muda 2012
yang akan berlangsung Pekan Balai Ringin, Serian bermula dari 5 hingga 6 Mei
depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan ketika
dihubungi berkata karnival terbabit bertujuan untuk menghapuskan persepsi
negatif mengenai institusi teknikal dan vokasional dikalan belia dalam negeri
ini.
“Rata-rata belia pada masa sekarang menganggap bahawa kemasukan ke
universiti dianggap sebagai kelas pertama manakala kemasukan ke institusi
teknikal seperti Giatmara, i – Cats dan sebagainya pula dianggap sebagai kelas
kedua.
“Persepsi ini ternyata salah. Justeru pihak kita menerusi karnival terbabit
akan cuba mempromosi institusi teknikal dan vokasional sebagai pilihan pertama
para belia yang mahu menyambung belajar selepas ini,”katanya.
Selain itu para belia kata Snowdan juga perlu sedar bahawa institusi
teknikal dan vokasional secara tidak langsung akan membuka peluang kepada
mereka untuk bekerja di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui atau SCORE pada masa
akan datang.
Dengan kata lain, menyambung belajar di universiti yang dianggap sebagai
kelas pertama selama ini menurut beliau tidak semestinya akan memberi mereka
laluan untuk memperoleh pekerjaan lebih baik selepas itu.
“Ia merupakan salah satu usaha pihak Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak
atau TEGAS yang disertai oleh saya sendiri untuk mempertingkatkan status
ekonomi rakyat negeri kita di masa akan datang,” katanya.
Terdahulu karnival itu nanti adalah merupakan anjuran pihak TEGAS dengan
kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sri Aman, Snowdan dan Ahli Parlimen
Sri Aman iaitu Masir Kujat.
Bakal diadakan menerusi karnival itu nanti ialah kaunter institusi
teknikal, pameran, bazaar ria, sukan rakyat, pertandingan sepaktakraw, konsert,
pertunjukkan kugiran dan banyak lagi.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu
Belaun akan merasmikan karnival tersebut pada malam 5 Mei manakala Ahli Dewan
Negara iaitu Senator Dorris Sophia Brodi pula hadir pada 6 Mei ini untuk
merasmikan program wanita di Dewan Balai Ringin sempena program terbabit.
Tamat.
No comments:
Post a Comment