Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 17, 2012

Jangan berharap kepada pembangkang - Masir



Caption: TERIMALAH...Masir (tengah) sedang menyaksikan upacara penyerahan sijil perlantikan Tuai Rumah oleh Snowdan (kanan) kepada penerimanya (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

SIMUNJAN, Isnin (16 April) – Jangan sandarkan harapan pembangunan terhadap pihak pembangkang, demikian nasihat Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat kepada rakyat luar bandar di kawasan pentadbiran beliau.

Menurut beliau pihak pembangkang menaburkan pelbagai janji demi meraih sokongan politik daripada rakyat di kawasan luar bandar namun gagal menunaikan janji tersebut selepas itu.

“Ia merupakan taktik biasa yang digunakan oleh pihak tersebut terhadap para rakyat di kawasan luar bandar iaitu dengan mengumumkan janji kosong kepada mereka sebelum menghilang selepas pilihan raya.

“Justeru saya berharap agar rakyat tidak terlalu memberi harapan terhadap pihak pembangkang jika tidak mahu mengalami kerugian seperti yang prnah dialami oleh rakyat di kawasan pentadbiran pihak tersebut selama ini,” katanya.

Masir berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Rumah Suntat anak Galang, Kampung Sebangkoi Jaya, Simunjan kelmarin.

Selain itu beliau juga meminta para Tuai Rumah di kawasan Parlimen Sri Aman agar menasihatkan rakyat masing-masing agar tidak tersalah undi calon ketika berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Ramalan kemungkinan berlangsungnya PRU13 kelak adalah 23 Jun, 30 Jun atau pada 7 Julai tahun ini dan atas sebab ialah saya meminta Tuai Rumah agar lebih giat turun padang untuk menasihatkan rakyat masing-masing berhubung perkara tersebut.

“Jangan rugikan masa depan pembangunan di kawasan anda untuk tempoh lima tahun akan datang dengan mengundi pembangkang,” katanya sambil menambah bahawa pelan pembangunan kerajaan perlu diteruskan dengan adanya kemenangan Barisan Nasional (BN) selepas PRU 13 kelak.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan, Pegawai JASA Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, Penghulu Pelie Jumbu, Penghulu Ali Danjie dan para Tuai Rumah di situ.

Masir menerusi majlis berkenaan telah menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada beberapa buah JKKK dan biro wanita dalam kawasan Parlimen Sri Aman yang mencakupi nilai keseluruhan berjumlah RM150,000.

Tamat.



No comments:

Post a Comment