Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, April 16, 2012

Rakyat ulu sungai perlu terus follow kerajaan - Nyalau



Caption: SELAMAT DATANG YB...Rakyat Rumah Brown sedang menyambut ketibaan Nyalau ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

LUBOK ANTU, Khamis (12 April) – Rakyat di kawasan ulu sungai, pendalaman dinasihat agar sentiasa bersama Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Brown,  Nanga Stapang, Engkari, Lubok Antu kelmarin.

Sokongan padu rakyat kawasan pendalaman terhadap BN menurut beliau adalah amat penting demi memudahkan kerajaan membela nasib mereka dari segi pembangunan selepas itu.

“Saya sedar bahawa undi rakyat di kawasan ini (Stapang) lebih memihak kepada pihak pembangkang berbanding BN menerusi Pilihan Raya Umum yang berlangsung pada tahun 2008 lepas.

“Atas sebab ini saya berharap rakyat di kawasan pendalaman Lubok Antu berfikir semasak-masaknya tentang sokongan mereka terhadap pembangkang pada PRU13 nanti memandangkan hanya BN yang boleh membela hidup mereka selepas ini,” katanya.

Selain itu rakyat kata Nyalau harus mengucapkan rasa terima kasih kepada BN berhubung kesungguhan kerajaan dalam menyalurkan kemudahan pembangunan ke kawasan luar bandar selama ini.

Justeru beliau mahu rakyat sedar bahawa kerajaan BN sama sekali tidak akan cuba meminggirkan hal ehwal pembangunan hidup rakyat di kawasan luar bandar dari masa ke semasa.

Terdahulu majlis anjuran JASA Parlimen Lubok Antu itu menyaksikan Nyalau meluluskan peruntukan untuk membina lantai ruai rumah panjang Nanga Stapang, RM5,000 untuk JKKK dan RM3,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang tersebut.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP James Johnanthan, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba, para kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.



.

No comments:

Post a Comment