Caption: TERIMALAH...Rayong sedang menyampaikan dokumen khas kepada seorang
penerima sambil disaksikan oleh Nyalau ketika berlangsungnya majlis tersebut
kelmarin.
ENGKILILI, Rabu (25 April) – Sejumlah RM12 juta diperuntukan oleh kerajaan bagi melaksanakan
projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) di kawasan Lidong, Kubal, Tisak, Lipat
hingga ke Kejemut dalam daerah Kecil Engkilili pada tahun ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnical Rayong Ngipa
berkata, projek RES bernilai RM12 juta
ini sudah semestinya akan menaiktaraf hidup penduduk rumah panjang yang masih
belum menikmati kemudahan elektrik 24 jam di kawasan itu.
“"Saya percaya akan lebih banyak projek disalurkan ke kawasan DUN
Engkilili nanti. Pentingnya di sini ialah penduduk perlu terus bersabar menanti
hasil projek yang masih giat dilaksanakan sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Majlis Pemimpin Bersama
Rakyat di rumah panjang Tawi anak Ragai, Duri Bangat, Lidong anjuran JKKK rumah
panjang itu Engkilili kelmarin.
Selain itu Rayong juga turut memberitahu bahawa sebanyak enam buah panjang
yang terletak di perkampungan Merio dalam daerah Kecil Engkilili bakal menerima
kemudahan RES tidak lama lagi.
Enam buah rumah panjang itu katanya ialah Rumah Baie Merio Rembai, Rumah Tupie
Merio Baong, Rumah Tinggie Merio Tambak, Rumah Melina Merio Sedan, Rumah Jawa
Merio Sedan dan Rumah Buda Merio Nanga.
“Lagipun projek pembinaan jalan raya Duri Bangat oleh kerajaan sepanjang lima
kilometer yang baru saja siap sebelum ini bakal dinaiktaraf semula dengan peruntukan jumlah RM300,000.
“Ini merupakan berita gembira buat penghuni rumah panjang Duri Bangat
kerana ia secara tidak langsung akan melancarkan lagi pergerakan penduduk ketika
melalui jalan raya itu nanti,” katanya.
Terdahulu majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu
William Nyalau Badak menyaksikan Rayong mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000
kepada JKKK Duri Bangat dan RM5,000 kepada biro wanita rumah panjang tersebut.
Tamat…
saya ada datang sini dulu...hehehee...saya tidak ada tengok kamu bos...
ReplyDelete