Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

SMK Engkilili juara MSS Ke-48 Sri Aman




Caption:

1. TAHNIAH...Harden menyampaikan piala kejuaraan kejohanan balapan kepada wakil kontinjen SMK Engkilili ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

2. BERENTAP...Para atlit sedang bersaing dalam acara akhir 4 X 100 meter bersempena dengan kejohanan itu kelmarin.

- 24 Mac

Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Balapan Dan Padang Ke-48 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Bahagian Sri Aman 2012 yang berakhir di sini lewat petang kelmarin.

Kejohanan Balapan Dan Padang Ke-48 MSS Bahagian Sri Aman 2012 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Sri Aman itu menyaksikan SMK Engkilili mengumpul sejumlah 617 mata bagi kejohanan yang telah bermula semenjak 19 Mac lepas.

Manakala itu kontinjen SMK Lubok Antu muncul sebagai naib juara dengan memperoleh 476 mata sambil diikuti oleh SMK Sri Aman (435), SMK Melugu (244), SMK Saint Luke (206) dan SMK Simanggang (182).

Dari segi pungutan pingat, SMK Engkilili telah memperoleh 40 emas, 50 perak dan 30 gangsa dengan SMK Lubok Antu memperoleh 29 emas, 34 perak dan 27 gangsa, SMK Sri Aman (29 emas, 23 perak, 32 gangsa), SMK Melugu (18 emas, 10 perak, 16 gangsa), SMK Saint Luke (13 emas, 11 perak, 13 gangsa) dan SMK Simanggang (6 emas, 8 perak, 16 gangsa).

Bagi kejohanan peringkat sekolah rendah pula, kontinjen Zon Lubok Antu dinobatkan sebagai juara setelah memperoleh sebanyak 227 mata menerusi kejohanan balapan berkenaan.

Ia diikuti oleh kontinjen Zon Engkilili di kedudukan naib juara (153 mata) bagi kejohanan terbabit dengan Zon Sri Aman  memperoleh sebanyak 148 mata, Zon Undop (75 mata), Zon Pantu (70 mata) dan Zon Lingga (32 mata).

Kejohanan balapan ini juga menyaksikan Stanlee Mamat dari SMK Saint Luke dinobatkan sebagai Olahragawan dengan Nur Atikah Nanta dari SMK Engkilili dinobatkan sebagai Olahragawati bagi kategori sekolah menengah.

Manakala itu Sik Cia Chin dari Zon Sri Aman telah dinobatkan sebagai Olahragawati dengan Manesha Hester dari Zon Lubok Antu dinobatkan sebagai Olahragawati bagi kategori sekolah rendah kejohanan berkenaan.

Secara keseluruhannya terdapat sejumlah 956 orang atlit dari enam buah sekolah menengah dan enam buah zon telah mengambil bahagian dalam acara yang diadakan menerusi kejohanan terbabit.

Terdahulu Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis ketika merasmikan majlis penangguhan kejohanan itu kelmarin telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada MSS Bahagian Sri Aman.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Felicia Tan, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Bahagian Sri Aman, Yusop Lugom, Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Baba Minggu dan Pengetua Cemerlang SMk Simanggang, Joseph Junting Resa.

Tamat.


No comments:

Post a Comment