Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

Lelaki cedera parah di simpang Pantu



PANTU, Selasa (3 April) – Seorang lelaki telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, muka dan tulang dada setelah kenderaan yang dipandu olehnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang Pantu, Sri Aman lewat malam kelmarin.

Sebelum berlakunya kejadian kata sumber, mangsa bersama dengan seorang anak lelakinya telah tiba dari Kuching ke sebuah rumah panjang berdekatan kawasan simpang Pantu itu untuk melawat saudara-mara pada waktu pagi hari terbabit.

“Apabila hari sudah lewat malam, mangsa yang masih berkhidmat sebagai seorang kakitangan jabatan kerajaan telah cuba mengajak lelakinya untuk pulang semula ke Kuching setelah puas bersembang dengan saudaranya di rumah panjang tersebut.

“Anak lelakinya bertindak menolak ajakan bapa. Atas sebab ini mangsa telah mengambil keputusan untuk pulang sendiri pada waktu malam itu dengan anaknya cuba menginap di rumah panjang tersebut,” katanya.

Mangsa bagaimanapun dipercayai gagal mengenalpasti kawasan sempadan jalan utama
ketika memandu menghampiri kawasan simpang menuju ke jalan raya utama Sri Aman – Serian pada malam itu.

Akibatnya kereta yang dipandu oleh mangsa oleh mangsa dipercayai telah terlanjur dari kawasan simpang tiga jalan sebelum menjunam ke dalam kawasan tebing bukit yang terdapat di situ.

“Penduduk dari kawasan kampung yang berdekatan telah bertindak menolong mangsa dengan menghantarnya ke Hospital Bahagian Sri Aman sebelum ia dirujuk ke Hospital Umum Sarawak di Kuching.

“Sehingga pagi kelmarin, mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di wad kecemasan dengan kecederaannya meliputi kawasan mata kanan, patah beberapa tulang rusuk dan luka teruk di bahagian atas kepala,” kata sumber.

Sumber turut memberitahu kemalangan jalan raya di kawasan simpang Pantu tersebut mungkin dapat dielakkan sekiranya mangsa bersetuju untuk tidur semalam di rumah panjang terbabit.

Tamat.


No comments:

Post a Comment