Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, April 8, 2012

Tan Sri Jabu kunjung Hari Pertama Pesta Benak


Caption: APA KHABAR? Tan Sri Jabu sedang bersalaman dengan orang ramai ketika melakukan kunjungan ke Teratak Etnik sempena sambutan Pesta Benak Sri Aman hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (6 April) – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang telah melakukan lawatan ke sambutan hari pertama Pesta Benak Sri Aman 2012 hari ini.

Beliau tiba di Rumah Rehat Sri Aman sekitar jam 10.30 pagi dengan menggunakan helikopter dan seterusnya disambut oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis dan pegawai kerajaan yang lain.

Sebaik sahaja tiba, Tan Sri Jabu bersama rombongan telah mengadakan kunjungan pertama ke Teratak Etnik yang terletak berhampiran dengan tapak sambutan Pesta Benak berkenaan.

Beliau telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan upacara perasmian Teratak Etnik tersebut sebelum menyaksikan persembahan Tarian Ngajat oleh Tuai Rumah Umbek Achat dan persembahan paluan ‘Engkerumung’ di situ.

Setelah meluangkan masa selama 10 minit di situ, Tan Sri Jabu bersama rombongan kemudiannya bergerak ke sudut pameran kaum Cina sambil menyaksikan persembahan Tarian Singa di Teratak Etnik berkenaan.

Selesai sudah melawat Teratak Etnik berkenaa, beliau bersama rombongan kemudiannya berpeluang untuk menyaksikan Demonstrasi Masakan Tempatan yang dikendalikan oleh Chef Spenser.

Tan Sri Jabu juga turut diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Memasak Pesta Benak 2012 anjuran Jabatan Pertanian Sri Aman di situ.

Sesi kunjungan beliau pada hari sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012 berakhir dengan sesi jamuan makan tengahari dan pertemuan ringkas bersama peluncur antarabangsa di sini sebelum berangkat pulang ke Rumah Rehat Sri Aman pada jam 1 petang.

Hadir sama ialah Datin Simba Nalang iaitu isteri kepada Harden, Residen Sri Aman, Johnathan Lugoh dan timbalannya, Felicia Tan, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh dan Jurutera JKR Bahagian Sri Aman, Cassidy Morris.

Tamat.

No comments:

Post a Comment