Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, April 16, 2012

Zon Engkilii juara Action Song 2012



Caption: BERJAYA...Murid SJK Chung Hua Engkilili mempamerkan gaya mereka bersama guru pengiring sebaik sahaja dinobatkan sebagai juara Pertandingan Action Song di SK Agama Sri Aman baru-baru ini.

SRI AMAN, Jumaat (13 April) – Pasukan Zon Engkilili telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Action Song 2012 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama, Sri Aman baru-baru ini.

Pertandingan Action Song 2012 anjuran Majlis Sekolah Sekolah (MSS) Bahagian Sri Aman itu menyaksikan pasukan Zon Engkilili yang diwakili oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Engkilili mengenepikan lima buah pasukan zon dalam pertandingan tersebut.

Manakala itu pasukan Zon Lubok Antu telah berjaya menduduki kedudukan naib johan dengan pasukan Zon Sri Aman pula memperoleh kedudukan tempat ketiga dalam Pertandingan Action Song 2012.

Tiga buah lagi pasukan yang gagal memperoleh tempat dalam Pertandingan Action Song 2012 anjuran MSS Bahagian Sri Aman tersebut ialah pasukan Zon Lingga, Zobn Undop / Skrang dan Zon Pantu.

“Setiap pasukan terdiri daripada 15 orang murid Tahun Tiga dan masing-masing diberikan tempoh antara lima hingga 10 minit untuk membuat persembahan nyanyian sambil menari menerusi pertandingan tersebut.

“Pihak hakim menerusi Pertandingan Action Song 2012 ini turut mengambil kira markah berdasarkan pakaian yang beraneka ragam dan unik hasil kreativiti setiap pasukan ketika mempersembahkan nyanyian masing-masing,” kata jurucakap penganjur.

Jurucakap penganjur turut memberitahu bahawa Pertandingan Story Telling dan Public Speaking untuk murid Tahap 2 juga turut diadakan bersempena dengan Pertandingan Action Song 2012 berkenaan.

“Kesemua pertandingan itu adalah untuk memilih peserta bagi mewakili Bahagian Sri Aman ke Pertandingan Peringkat Negeri Sarawak. Justeru kami berharap agar pertandingan ini berjaya mencungkil bakat murid-murid dalam bidang tersebut seleps ini,” katanya.

Terdahulu para Guru Besar SK Agama Sri Aman dan SK Sri Aman telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang Pertandingan Story Telling, Public Speaking dan Pertandingan Action Song 2012 berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment