Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Sunday, April 8, 2012

The Sarawak Press promosi paper



Caption: PROMOSI...Rahayu (tengah) bersama kakitangan The Sarawak Press Sendirian Berhad ketika mengendalikan sesi promosi akhbar The New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak ketika berlangsungnya sambutan Pesta Benak kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (6 April) – The Sarawak Press Sendirian Berhad telah melancarkan promosi akhbar The New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak bersempena dengan sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012 hari ini.

Eksekutif Kanan Pemasaran The Sarawak Press Sendirian Berhad, Rahayu Haji Taibi ketika ditemui berkata pihaknya telah mengadakan promosi terbabit bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang berhampiran dengan kawasan pentas astaka sambutan pesta terbabit.

“Pihak kami akan menjual sejumlah 100 naskah bagi akhbar The New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak bermula dari waktu pagi hingga tengahari sebelum ia mula diedar secara percuma kepada orang ramai selepas itu.

“Promosi akhbar The New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak ini akan kami teruskan sehingga hari terakhir sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012 iaitu pada hari Ahad ini,” menurut beliau.

Bagi menyerikan lagi promosi kedua-dua akhbar terbabit pihaknya menurut Rahayu juga turut menyediakan lima hamper bagi orang ramai yang membeli dua naskah dari salah satu jenis akhbar tersebut.

Menerusi usaha ini beliau yakin akan dapat menarik lebih kedatangan ramai pengunjung ke gerai promosi The Sarawak Press Sendirian Berhad sehingga tamat sambutan Pesta Benak pada 8 April ini.

“Justeru saya berharap agar promosi terbabit akan dapat menarik minat orang ramai untuk terus membeli atau melanggan akhbar The New Sarawak Tribune dan Utusan Sarawak dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama ialah Kordinator Perhubungan Pelanggan, Rommie Dari, Kerani Pemasaran, Nurazah Abdullah, kakitangan Destop Theme Publishing, Haspah Ahmad dan Penyelia Pemasaran Utusan Sarawak Sri Aman, Zulia Haji Jemat.

Tamat.




No comments:

Post a Comment