Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

Chop Thai Chiang sumbang baju untuk Regatta Pesta Benak


Caption: IKLHAS...Tay (kiri) menyerahkan baju tajaan kepada Tommy (kanan) sambil disaksikan oleh Datuk Kanang (dua kanan) ketika berlangsungnya upacara ringkas itu hari ini.

SRI AMAN, Khamis (29 mac) – Syarikat Chop Thai Chiang menunaikan tanggungjawab korporatnya dengan menyumbang baju bagi tujuan Pertandingan Regatta bersempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012 bermula 6 hingga 8 April ini nanti.

Syarikat yang berpengkalan di Jalan Pasir Panas, Sri Aman itu telah menyumbang sebanyak 60 helai baju kepada pemangku Penolong Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman, Tommy Laman menerusi ringkas yang berlangsung di sini jam 4.30 petang hari ini.

Pemilik syarikat terbabit, Tay Choon Yong ketika ditemui berkata ia merupakan kali kelima pihak Chop Thai Chiang menyumbang baju bagi tujuan acara Regatta sempena sambutan Pesta Benak di Sri Aman.

“Pihak kami telah menyumbang pakaian berjenama Trans Paint bagi kegunaan para peserta yang bakal berentap dalam acara lumba perahu, lumba pasang benak, lumba bot pam air dan bot laju bagi acara Regatta Pesta Benak tahun ini.

“Justeru pihak syarikat Chop Thai Chiang berharap agar sumbangan terbabit dapat membuktikan sokongan kami terhadap usaha kerajaan dalam mempromosi sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012,” katanya.

Tay turut menambah bahawa sambutan Pesta Benak Sri Aman adalah merupakan usaha murni kerajaan dalam menambahbaik taraf hidup ekonomi rakyat di kawasan ini pada masa akan datang.

“Ia merupakan salah satu sebab mengapa pihak kami menyatakan sokongan terhadap sambutan Pesta Benak Sri Aman pada setiap tahun,” katanya sambil berharap agar rakyat datang beramai-ramai ke Bandar Sri Aman untuk menyaksikan pesta ini kelak.

Hadir sama bagi menyaksikan upacara ringkas penyerahan sumbangan baju di bilik sidang Majlis Daerah Sri Aman ialah Temenggung Datuk Kanang anak Langkau dan Pembantu Tadbir Majlis Daerah Sri Aman, Jenny Cyrill Edwards.

Tamat.

No comments:

Post a Comment