Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

Bellynie Johnek juara Pertandingan Ratu Kebaya Sokanjaya Sri Aman 2012


Caption: UNTUK ALBUM...Bellynie (duduk tengah) sambil diapit oleh naib juara dan pemenang tempat ketiga sedang merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat sebaik sahaja tamat majlis itu malam kelmarin.

SRI AMAN, Ahad (25 April) – Tuah menyebelahi Bellynie anak Johnek, 22, apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Ratu Kebaya Sokanjaya 2012 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.

Beliau yang tinggal di kawasan Taman Loon-Loon, Jalan Belimbing, Sri Aman itu berjaya mengenepikan saingan daripada 10 orang peserta yang turut sama mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Dengan kemenangan ini Bellynie telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang bernilai RM500, jambangan bunga, selendang, piala dan sijil bagi Pertandingan Ratu Kebaya Sokanjaya 2012 ini.

Manakala itu Stella Agustine pula dinobatkan sebagai naib juara Pertandingan Ratu Kebaya Sokanjaya 2012 ini dengan Mellimi anak Rigok selaku pemenang tempat ketiga bagi pertandingan itu.

Kedua-dua mereka telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 serta RM200, jambangan bunga, piala beserta sijil penyertaan menerusi Pertandingan Ratu Kebaya Sokanjaya 2012 terbabit.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Ratu Kebaya Sokanjaya 2012 terbabit.

Pertandingan Ratu Kebaya yang merupakan acara kemuncak bagi Majlis Makan Malam Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman itu telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Timbalan Pengarah JKR Sarawak, Liew Ju Ming, Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan, Jurutera Bahagian JKR Sri Aman, Cassidy Morris dan Presiden Kelab Sokanjaya JKR Sri Aman, Roger Geoffery Kendawang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment