Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, April 16, 2012

Lampu trafik Sri Aman tergendala



ROSAK? Lampu isyarat yang terdapat di kawasan Jalan Kelab dalam Bandar Sri Aman kelihatan tidak bernyala ketika Utusan Sarawak melintasi laluan berkenaan sekitar jam 11 pagi hari ini (14 April). Masalah yang dipercayai hanya bersifat sementara itu telah menyebabkan sesetengah pengguna kenderaan mengambil risiko untuk memandu melintasi kawasan simpang empat di Jalan Kelab berkenaan tanpa memperdulikan kenderaan yang lain. Lampu isyarat tersebut merupakan pengawal lalulintas trafik automatik yang menghubungkan kawasan Pasar Tamu Sri Aman dan pasar lama Sri Aman. 14 APRIL

No comments:

Post a Comment