Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 10, 2012

10 dompet kena copet dan satu pick up kena curi masa Pesta Benak Sri Aman



Mugshot : DSP MAT JUSOH MUHAMMAD

SRI AMAN, Sabtu (7 April) – Sejumlah 10 buah kes kehilangan dompet telah dilaporkan berlaku sekitar kawasan Bandar Sri Aman semenjak berlangsungnya sambutan Pesta Benak Sri Aman kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superitendence Police (DSP) Mat Jusoh Muhammad ketika ditemui memberitahu sebuah kenderaan pacuan empat roda juga turut dilaporkan hilang semenjak berlangsungnya pesta terbabit.

“Pihak polis masih mengadakan siasatan berhubung kes kehilangan dompet dan kenderaan pacuan empat roda seperti yang dilaporkan oleh para pemiliknya sehingga ke masa sekarang.

“Pihak polis akan terus menyiasat sama ada dompet milik mereka tercicir atau sememangnya hilang disebabkan oleh aktiviti jenayah penyeluk saku ketika berkunjung pesta terbabit,” katanya kepada pemberita.

Selain itu Jusoh juga mengingatkan para pengunjung Pesta Benak Sri Aman agar sentiasa berhati-hati terhadap dompet dan harta benda milik mereka yang lain ketika berkunjung ke tapak pesta berkenaan.

Beliau juga berharap agar orang ramai agar mengenakan sistem keselamatan yang tinggi terhadap kenderaan masing-masing ketika meletak kenderaan dalam bandar ini dalam tempoh waktu sambutan pesta itu.

“Jangan tinggalkan barangan berharga dalam kenderaan masing-masing. Ini akan menarik perhatian pihak tertentu untuk melakukan jenayah terhadap kenderaan mereka selepas itu,” katanya.

Tamat.





No comments:

Post a Comment