Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

IPD Sri Aman tidak ketinggalan adakan sambutan Hari Polis Ke-205




Caption: SELAMAT HARI POLIS...Jusoh (tengah) bersama Harden (kiri) dan tetamu khas yang lain sedang menyempurnakan upacara memotong kek bersempena dengan majlis itu pada hari Ahad lepas.

Picture by Patrick Michael Dian

SRI AMAN, Selasa (27 Mac) – Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205 yang telah berlangsung serentak di seluruh negara pada hari Ahad lepas.

Majlis bermula pada jam 7.45 pagi di padang kawad IPD Sri Aman menerusi kehadiran Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputy Superitenden Police (DSP) Mat Jusoh Muhammad untuk merasmikan majlis itu.

Sebaik sahaja tiba, beliau kemudiannya menyaksikan upacara kawad kehormatan daripada 44 orang anggota yang terdiri polis IPD Sri Aman, polis bantuan Sesco Sri Aman dan pasukan kadet polis dari empat buah sekolah menengah di Sri Aman.

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205 di IPD Sri Aman diteruskan lagi dengan penyampaian perutusan amanat daripada Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Ismail Omar oleh Jusoh.

Majlis juga turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada tiga orang pegawai kanan, 16 orang anggota pangkat rendah, lima orang kakitangan awam dan lapan orang ahli Persatuan Keluarga Polis Sri Aman.

Kemuncak sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205 di IPD Sri Aman ini ialah upacara memotong kek yang disempurnakan oileh beliau bersama tetamu kehormat yang hadir sama untuk menyaksikan majlis tersebut.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis, Ketua Pejabat Imigresen Bahagian Sri Aman, Kujang Baling, wakil jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment