Caption: SERIUS...Mashore (kanan sekali) ketika bersama Johnathan (tengah),
Dirwana (dua kiri), Delin (dua kanan) dan Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie
Salleh (kiri sekali) pada majlis itu kelmarin.
SRI AMAN, Isnin (16 April) – Satu majlis penyerahan anak angkat telah diadakan di
Dewan Serbaguna, Kampung Hilir Sri Aman yang diselaraskan oleh Kawasan Rukun
Tetangga (KRT) Tanjung Engkabang kelmarin.
Pengerusinya Mas Mashore Haji Maslem ketika ditemui berkata majlis ini
adalah salah satu daripada kandungan Program Orientasi Pegawai Persekutuan Yang
Baharu Bertugas di Sarawak Siri 1 / 2012 yang berlangsung semenjak 12 April
lepas.
“Program anak angkat ini telah dijayakan menerusi penglibatan seramai 69
orang peserta dari pelbagai jabatan dan juga 22 buah keluarga angkat dari lima
buah KRT di kawasan Sri Aman.
“Kesemua peserta telah menimba pengalaman cukup berharga dengan mempelajari
adat resam dan budaya yang ada di negeri ini khasnya Sri Aman setelah bersama
keluarga angkat mereka selama tiga hari dua malam,” katanya.
Justeru Mashore juga berharap agar para peserta program tersebut akan dapat
memanfaatkan pengalaman terbabit dengan sebaik mungkin ketika mereka berpindah
tugas ke lain-lain lokasi dalam negeri ini pada masa akan datang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Residen Bahagian Sri Aman iaitu Johnathan
Lugoh sambil disaksikan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional
Sarawak, Dirwana Haji Azool dan timbalannya Delin Liet Blaun.
Terdahulu kesemua peserta yang mengikuti program ini terdiri daripada
Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, Kumpulan Sokongan I serta II dari
pelbagai jabatan persekutuan.
Para peserta yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan itu telah melaporkan
diri di Hotel Hoover Sri Aman pada 12 April lepas sebelum mengikuti lain-lain
selepas itu.
Kesemua mereka telah menghadiri ceramah di hotel dan tinggal bersama
keluarga angkat di Kampung Hilir, Sri Aman selama dua malam sebelum melawat ke
Rumah Panjang Edward Radin Utek, Putat, Sembauh Sri Aman.
Tamat.
No comments:
Post a Comment