Caption: PERSEDIAAN...Gambar menunjukkan antara tapak penganjuran Pesta
Benak Sri Aman yang akan bermula dari 6 hingga 8 April ini. (Pilih Pix yang
berkenaan).
4 APRIL
Bahang sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012 kian terasa. Tinggal satu hari
sahaja lagi maka Bandar Sri Aman akan menjadi fokus ribuan orang pengunjung
yang datang dari seluruh pelusuk negeri ini bagi menyaksikan temasya terbabit.
Dengan 6 hingga 8 April menjadi tarikh pilihan bagi penganjuran pesta
tersebut, para pengunjung sudah tentunya sedia maklum terhadap pelbagai acara
menarik yang bakal berlangsung sepanjang tempoh waktu terbabit.
Justeru demi menjayakan lagi penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2012, pihak
jawatankuasa penganjur telah pun memulakan kerja penyediaan tapak sambutan
pesta bermula dari kawasan Taman Tebingan Sungai Sri Aman semenjak 1 April
lepas.
Bagi menyokong usaha sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012, penulis telah
mengambil kesempatan ini untuk menulis butiran terperinci mengenai kesemua
acara yang bakal diadakan menerusi pesta itu nanti.
Walaupun Pesta Benak secara rasminya bermula pada 6 April, namun temasya
yang tersenarai di kedudukan tangga kelima dalam acara terbaik di Sarawak ini
sebenarnya bakal melabuhkan tirai menjelang lewat petang 5 April kelak.
Acara terbabit iaitu Bazaar Ria Benak akan bermula dari lewat petang pada 5
April dan bakal diteruskan bermula dari waktu pagi hingga malam ketika
berlangsungnya sambutan Pesta Benak itu nanti.
Kandungan aktiviti sempena Pesta Benak bagi 6 April adalah seperti berikut.
Selain Bazaar Ria, 10 acara akan berlangsung di kawasan Taman Panorama Benak,
Stesen Bas STC, Kanopi Urusetia, Mini Stadium, Pentas Budaya Ria dan Sungai
Batang Lupar.
Bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang, para pengunjung berpeluang
menyaksikan Pameran Benak Dan Pertandingan Fotografi Benak, Karnival Permotoran
Benak dan Persembahan Audio Visual di Taman Panorama Benak, Stesen Bas STC,
Kanopi Urusetia.
Para pengunjung juga turut disajikan dengan Pertandingan Lumba Enjin Pam
dan Bot Laju serta saringan Miss Tourism Benak bermula dari jam 8 pagi hingga
12.30 petang di Sungai Batang Lupar dan Mini Stadium Sri Aman.
Pencinta sastera boleh berkunjung ke Pentas Budaya Ria bermula dari 8.30
pagi hingga 11.30 pagi untuk menyaksikan Pertandingan Sayembara Deklmasi Puisi
Benak dengan Pertandingan Benak Idol bakal melabuhkan tiranya di Mini Stadium Sri
Aman dari jam 2 hingga 5 petang.
Sambutan hari pertama temasya ini turut diserikan dengan Pertandingan Jet
Ski dan persembahan peluncur antarabangsa yang menampilkan Fabrice Colas,
Stuart Ballard, Arnaud Decarne dan Patrick Audoy di Sungai Batang Lupar bermula
jam 2.30 hingga 6 petang.
Dua lagi acara turut menyusul bermula jam 8 hingga 11 malam di Pentas
Budaya Ria iaitu Persembahan Kesenian Dan Kebudayaan Pesta Benak Sri Aman serta
saingan peringkat separuh akhir Pertandingan Miss Tourism Benak.
Bagi sambutan hari kedua temasya ini iaitu 7 April, empat acara akan
diteruskan bermula dari pagi hingga tengahari antaranya ialah Karnival
Permotoran, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Benak Idol dan Persembahan
Audio Visual Benak.
Acara perhatian utama pesta ini iaitu Regatta Benak Batang Lupar di Sungai
Batang Lupar akan bermula pada jam 8 pagi hingga 1 petang dengan Senam Seni 1
Malaysia akan dilangsungkan di Pentas Budaya Ria dari jam 8 hingga 9 pagi.
Pada sebelah petangnya pula para pengunjung berpeluang menyaksikan
persembahan Artis Astro di Pentas Budaya Ria dari jam 1.30 hingga 3 petang
sebelum Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang hadir
di Astaka Regatta pada jam 3 petang untuk merasmikan pesta itu.
Majlis perasmikan pesta ini kemudiannya diteruskan hingga jam 5 petang
dengan berlangsungnya Pertandingan Jet Ski, Lumba Benak dan persembahan
Peluncur Benak di Sungai Batang Lupar.
Pada sebelah malamnya pula iaitu dari jam 8 hingga 11 malam, pengunjung
berpeluang menyaksikan Persembahan Kebudayaan, Pertandingan Akhir Miss Tourism
Benak 2012 dan Pertunjukkan Bunga Api di Pentas Budaya Ria.
Hari terakhir sambutan temasya ini iaitu 8 April hanya akan disajikan
dengan enam buah acara yang berlangsung di Sungai Batang Lupar, Taman Panorama
Benak, Stesen Bas STC, Pentas Budaya Ria dan Sungai Batang Lapar.
Bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang, para pengunjung boleh menyaksikan
Regatta Benak Batang Lupar, Pameran Benak Dan Pertandingan Fotografi benak
serta Karnival Permotoran Benak.
Anda mempunyai anak yang berbakat? Maka Pertandingan Mewarna yang akan
bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10 pagi di Pentas Budaya Ria mungkin boleh
dijadikan sebagai peluang untuk ibubapa mencungkil bakat anak-anak dalam acara
itu nanti.
Atau mereka yang pakar dari segi tarian tradisional mungkin boleh mengambil
bahagian dalam Pertandingan Bertanda juga di pentas yang sama bermula dari jam
10 pagi hingga 4 petang.
Pengunjung juga dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk
menyaksikan persembahan Peluncur Benak Antarabangsa dan Lumba Benak di Sungai
Batang Lupar bermula dari jam 5.30 hingga 6 petang sebagai acara terakhir bagi
sambutan pesta ini.
Secara keseluruhan sambutan Pesta Benak Sri Aman akan sentiasa berkembang
semenjak ia mula diperkenalkan oleh pihak kerajaan di dalam Bandar Sri Aman
pada tahun 2001 dahulu.
Hasil usaha gigih kerajaan dan sokongan padu penduduk dalam menjayakan
sambutan pesta terbabit telah mengubah nama Bandar Sri Aman kepada satu ikon
nama yang baru iaitu Bandar Benak.
Penulis yakin temasya seperti ini akan dapat mengangkat prestij Bandar Sri
Aman selaku pusat pelancongan alam semulajadi seiring dengan perkembangan dunia
Teknologi Komunikasi Dan Maklumat pada masa sekarang.
Jika usaha seperti ini diteruskan mungkin sambutan Pesta Benak pada masa
akan datang mampu menarik kedatangan lebih daripada 50,000 orang pengunjung
seperti yang disasarkan oleh jawatankuasa penganjur bagi sambutan temasya
terkini.
Cuma yang pentingnya di sini ialah kerajaan perlulah memastikan kemudahan penginapan
pengunjung dan tempat letak kenderaan dipertingkatkan dalam Bandar Sri Aman
ketika berlangsung sambutan temasya bermula dari tahun 2013 kelak.
Tamat.
No comments:
Post a Comment