Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

Kemenangan BN pada PRU13 adalah amat penting - Masir



Caption: RASMI...Masir sedang memotong reben sebagai simbolik kedatangan ke rumah panjang terbabit sambil disaksikan oleh ketua kaum di sini sempena majlis itu kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (29 Mac) – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) adalah amat penting demi menentukan masa depan kemakmuran negara selepas ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Jalan Kampung Dan Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Baha, Luchong, Tanjung Bijat, Sri Aman kelmarin.

Katanya BN telah membuktikan bahawa mereka adalah sebuah komponen parti berpengalaman dalam mentadbir sebuah kerajaan yang mampu mewujudkan keamanan dan kesejahteraan antara semua kaum di negara ini bermula dari dahulu hingga sekarang.

“Kerajaan BN juga berjaya mewujudkan perpaduan antara semua kaum di negeri ini dam sekaligus telah mewujudkan kestabilan politik yang menyumbang kepada pembangunan pesat negara kita pada masa sekarang,” katanya.

Selain itu Masir juga berharap agar kemenangan BN pada PRU13 akan datang dapat meneruskan lagi rentak pembangunan dalam negara ini khasnya di Sarawak untuk tempoh lima tahun akan datang.

Segala pelan pembangunan yang dirancang oleh BN katanya akan dapat diteruskan selepas PRU13 ini nanti sekiranya rakyat terus menunjukkan sokongan padu mereka terhadap kerajaan.

“Justeru saya berharap agar rakyat sedar bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mampu menaik taraf hidup mereka secara efisyen berdasarkan kepada pengalaman mereka mentadbir negara ini semenjak dari tahun 1957 lepas,” katanya.

Terdahulu Masir menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM20,000 kepada JKKK Rumah Baha, Luchong sambil disaksikan oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Sri Aman iaitu Whelton Lumpoi.

Tamat. 

No comments:

Post a Comment