Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, April 26, 2012

Penjawat awam perlu berfikir strategik - Simoi



Caption: TERIMALAH...Simoi menyampaikan sijil kepada seorang peserta sambil disaksikan (dari kanan sekali) Delin, Felicia, Dirwana, Zahari dan Ismawie pada majlis itu malam tadi.

SRI AMAN, Selasa (17 APRIL) – Setiap penjawat awam perlu berfikiran secara strategik dan berdaya saing demi memenuhi keperluan pembangunan negara di masa akan datang demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.

Negara menurut beliau perlu kekal berdaing saing dan kompeten di antara semua negara dunia yang lain sehingga ia secara tidak langsung menuntut para penjawat awam untuk mula mengamalkan seperti usaha itu mulai sekarang.

 “Penerapan nilai-nilai murni dan juga amanah adalah merupakan satu ramuan penting buat penjawat awam untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh berdikasi dari masa ke semasa.

“Saya percaya bahawa nilai-nilai terbabit akan membolehkan pihak kerajaan menerusi para penjawat awam mempercepatkan lagi proses kemajuan negara menjelang tahun 2020 kelak,” katanya.

Simoi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Malam Integrasi Budaya Dan Penyampaian Sijil kepada peserta Program Orientasi Pegawai Persekutuan Yang Baru Bertugas Di Sarawak Siri 1 / 2012 di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu beliau juga meminta kerjasama daripada para penjawat awam Kerajaan Persekutuan di negeri ini untuk bersama-sama menjayakan perlaksanaan Projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) selepas ini.

“Sarawak menerima anjakan baru dalam era modenasi pada masa sekarang apabila Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib melancarkan projek SCORE di negeri ini semenjak tahun 2008.

“Ia bakal membuka lembaran baru dalam era kemajuan negeri Sarawak. Justeru saya berharap agar para pegawai persekutuan memberi kerjasama kepada pihak Kerajaan Negeri untuk sama-sama menjayakan projek tersebut di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Simoi telah menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada 68 orang peserta peserta Program Orientasi Pegawai Persekutuan Yang Baru Bertugas Di Sarawak Siri 1 / 2012 pada majlis itu.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Mohammed Zahari Razali, Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Sarawak, Dirwana Haji Azool dan timbalannya Delin Liet Blaun, Timbalan Residen Sri Amanm, Felicia Tan dan Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh.

Tamat.


No comments:

Post a Comment