Caption: TAHNIAH...Khamis Sita menerima hadiah daripada Tan Sri Jabu sambil
disaksikan oleh Harden, Simban, Johnathan dan Felicia ketika berlangsungnya
majlis itu hari ini.
SRI AMAN, Jumaat (6 April) – Tuah menyebelahi Khamis Sita Wasli, 51, apabila
diumumkan sebagai juara Kategori Masakan Berasaskan Bumbu Bubur Pedas menerusi
Pertandingan Memasak Pesta Benak 2012 yang berlangsung hari ini.
Beliau yang merupakan pemilik Restoran Asam Pedas, Sri Aman dinobatkan sebagai
juara kategori tersebut setelah menu masakannya iaitu Bubur Pedas Simanggang
berjaya menarik perhatian dua orang hakim iaitu Adam Narawi dan Umi Khaltum.
Suraya Ibrahim menerusi menu masakan Bubur Pedas Bonda pula muncul pemenang
tempat kedua dengan Sainiah Julhi menerusi menu masakan Acar Ayam Ala Buah-Buahan
Berbumbu Bubur Pedas muncul pemenang ketiga bagi kategori tersebut.
Sainah Julhi menerusi menu masakan Nasi Benak Seri Pangkat diumumkan
sebagai juara Kategori Nasi Benak manakala Minda Jaraup (Nasi Benak Udang Galah)
dan Fatimah Haji Abdul Azeez (Nasi Benak Fatimah) muncul pemenang tempat kedua
serta ketiga.
Kategori Pansuh Ikan Tempatan menyaksikan Nur Amirnuddin Jahar menerusi
menu Pansuh Ikan Talapia Bahtera muncul sebagai pemenang dengan Minda Jaraup
(Pansuh Ikan Sultan Sri Simanggang) dan Salimah Lebey (Pansuh Ikan keli Pesta
Benak) muncul pemenang tempat kedua dan serta ketiga bagi kategori itu.
Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM350, RM250 untuk
tempat kedua dan RM150 untuk tempat ketiga dengan wang saguhati bernilai RM80
diberi kepada peserta yang gagal memperoleh tempat dalam pertandingan itu.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang
telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi
pertandingan anjuran Jabatan Pertanian Sri Aman itu.
Hadir sama ialah Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk
Francis Harden Hollis bersama isteri, Datin Simba Nalang, Residen Sri Aman,
Jonathan Lugoh serta timbalannya Felicia Tan dan para pegawai kerajaan di sini.
Terdahulu pengerusi pertandingan, Catherine Balong dari Jabatan Pertanian
Sri Aman berkata Pertandingan Memasak Pesta Benak 2012 telah mendapat sambutan yang
amat mengalakkan daripada peserta berbanding tahun lepas.
Tamat.
No comments:
Post a Comment