Caption: PENGHARGAAN...Tan Sri Jabu sedang menerima cenderamata berupa
papan peluncur daripada seorang Peluncur Antarabangsa iaitu Patrcik Audoy
sambil disaksikan oleh Harden dan Dawos ketika berlangsungnya majlis itu hari ini.
Foto:
HAMIMI KASSIM
SRI AMAN, Sabtu (7 April) – Kerajaan bercadang mahu mengadakan sambutan Pesta Benak
Sri Aman ketika berlangsungnya musim cuti sekolah mulai tahun hadapan kata
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Katanya penganjuran Pesta Benak Sri Aman pada waktu musim cuti sekolah akan
mengalakkan kedatangan lebih ramai pengunjung yang terdiri daripada para
pelajar Semenanjung Malaysia selepas itu.
“Ini merupakan usaha kita untuk mengalakkan kedatangan lebih ramai
pengunjung yang terdiri daripada para pelajar Semenanjung Malaysia bagi
menyaksikan sambutan Pesta Benak di Sarawak khasnya Sri Aman.
“Dengan mengadakan Pesta Benak ketika berlangsung musim sekolah maka ia
secara tidak langsung akan mempertingkatkan lagi populariti temasya berkenaan
pada masa akan datang,” menurut beliau.
Jabu yang juga Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian ketika berucap
merasmikan Majlis Pelancaran Pesta Benak 2012 bertempat Astaka Regatta, Sri
Aman hari ini.
Selain itu kehadiran peluncur antarabangsa bertaraf dunia dari negara
Perancis dan United Kingdom ke pesta kali ini katanya juga membuktikan bahawa
Benak Sungai Batang Lupar mampu menyediakan pengalaman terbaik kepada para
peluncur.
“Benak Sungai Batang Lupar adalah merupakan satu produk ikon pelancongan
yang berpotensi tinggi dan mampu kita pasarkan di persada dunia dengan adanya
komitmen tinggi daripada semua sektor swasta serta agensi bukan kerajaan di
sini.
“Justeru saya berharap agar sokongan padu dan komitmen daripada pihak
Kementerian Pelancongan Sarawak, Kementerian Pelancongan Malaysia, agensi
kerajaan, swasta dan agensi bukan kerajaan terhadap pihak jawatankuasa
penganjur akan dapat memajukan lagi sektor pelancongan dalam negeri ini di masa
akan datang,” katanya.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Dato Dr James Dawos Mamit,
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Hajah Rohani
Karim, Menteri Muda Pertanian, Datuk Mong Dagang, para wakil rakyat dan pegawai
kerajaan di sini.
Majlis Pelancaran Pesta Benak Sri Aman 2012 ini turut diserikan dengan
persembahan oleh Peluncur Antarabangsa, Lumba Jet Ski dan Lumba Benak di
kawasan Sungai Batang Lupar.
Tamat.
No comments:
Post a Comment