Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

Pasangan kekasih kantoi ketika nak buat projek 'best' di Nyakai



Caption: KANDAS...Penduduk rumah panjang di kawasan Nyakai tidak dapat menggunakan kereta masing-masing disebabkan oleh kenderaan yang terkandas di tengah laluan jalan sehala mereka pagi kelmarin.

SRI AMAN, Sabtu (24 Mac) – Kemaruk cinta akhirnya membawa padah terhadap sebuah pasangan kekasih apabila kenderaan yang digunakan oleh mereka terkandas di jalan raya sehala dalam kawasan Nyakai, Sri Aman, awal pagi kelmarin.

Kisah bermula sebelum jam 8 pagi apabila remaja lelaki yang dipercayai berasal dari kawasan Lubok Antu datang ke Nyakai untuk mengambil kekasihnya dari sebuah rumah panjang dalam kawasan itu.

“Sebaik sahaja kekasih perempuannya masuk ke dalam kereta, remaja lelaki tersebut terus tergopoh-gapah memandu kenderaannya keluar dari kawasan itu kerana takut dilihat oleh penduduk kampung.

“Namun begitu kelalaiannya ketika mengundurkan kenderaan menyebabkan bahagian hadapan keretanya termasuk ke dalam parit dan terkandas di situ,” kata salah seorang penduduk kampung berkenaan.

Disebabkan ketiadaan penduduk kampung pada waktu pagi itu, remaja lelaki tersebut bersama kekasihnya terus menunggu di dalam kereta sebelum kedua-duanya terpaksa singgah di rumah panjang berkenaan.

Utusan Sarawak yang singgah di lokasi terbabit mendapati bahawa kenderaan berkenaan masih lagi terkandas di situ sehingga jam 12.30 tengahari disebabkan ketiadaan bantuan dari penduduk kampung.

“Tangki simpanan minyak hitam di hadapan kereta berkenaan sudah pun bocor. Lebih malang lagi adalah amat mustahil untuk penduduk kampung membantu memandangkan bahagian hadapan kereta terbabit sudah terkandas dalam parit.

“Satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menunda kereta terbabit dan remaja lelaki itu memerlukan sekurang-kurangnya RM400 untuk mengupah trak tunda bagi tujuan ini,” katanya.

Utusan Sarawak juga turut difahamkan bahawa kenderaan yang digunakan oleh remaja lelaki berkenaan adalah milik pakciknya dan bukan milik beliau sendiri.

Tamat.

No comments:

Post a Comment