Caption: UNTUKMU….Nyalau (tiga kiri) ketika menerima cenderamata daripada
Tr Baie sambil disaksi oleh Dr Rayong (dua kanan) dan Geoffery (kanan
sekali) pada majlis itu.
ENGKILILI, Selasa (27 Mac) – Sejumlah enam buah panjang yang terletak di kawasan
perkampungan Merio dalam daerah kecil Engkilili bakal menerima Bekalan
Elektrik Luar Bandar (RES) tidak lama
lagi.
Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak mengumumkan perkara itu
ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran JKKK Rumah Baie
Merio Rembai, Engkilili baru-baru ini.
Katanya enam buah rumah panjang tersebut adalah Rumah Baie Merio Rembai, Rumah
Tupie Merio Baong, Rumah Tinggie Merio Tambak, Rumah Melina Merio Sedan, Rumah Jawa
Merio Sedan dan Rumah Buda Merio Nanga.
Tanpa menyebut jumlah kos yang diperuntukan bagi tujuan projek itu, Nyalau
berkata peruntukan bagi menyediakan projek RES itu sudah diluluskan dan bakal
dilaksana tidak lama lagi.
“Saya telah difahamkan bahawa kerja menandakan laluan bagi pembinaan tiang
bekalan kuasa elektrik itu sudah dilakukan oleh pihak yang diamanahkan untuk
melaksanakan projek tersebut.
“Ia sekaligus menjadi berita baik untuk rumah panjang tersebut,” katanya
sambil menambah bahawa kesemua enam buah rumah panjang itu hanya menggunakan
lampu minyak bagi menerangi rumah mereka pada waktu malam hari.
Selain itu beliau turut berjanji akan terus berusaha gigih bersama Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa untuk terus mencari
peruntukan daripada kerajaan menjayakan projek pembangunan di kawasan
parlimennya.
Justeru Nyalau berharap agar rakyat khasnya mereka yang tinggal luar bandar
tidak cepat melatah sekiranya pembangunan yang bakal disalurkan kepada mereka
lambat dilaksanakan selepas ini.
“Kerajaan perlu mengkaji projek itu terlebih dahulu disamping perlu
mengikuti beberapa peraturan tertentu sebelum ia mahu dilaksanakan,” katanya
peruntukan untuk tujuan itu akan terus dipohon daripada Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Pusat dari masa ke semasa.
Terdahulu beliau menerusi majlis itu mengumumkan peruntukkan bernilai RM10,000
kepada JKKK Rumah Baie, dan biro wanitanya RM3,000, JKKK Tupie (RM7,000) dan
biro wanitanya (RM2,000), JKKK Buda (RM7,000) dan biro wanitanya (RM3,000)
serta JKKK Tinggie (RM3,000) dan biro wanitanya (RM2000).
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah ADUN Engkilili, Dr Johnical Rayong,
Pegawai JASA Parlimen Lubok Antu, Geoffery Baja Ricky Maba, para pegawai
kerajaan dan ketua kaum dari sekitar kawasan Lubok Antu.
Tamat….
bdau bisi karan pun diato
ReplyDelete