Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, April 16, 2012

Kerja pemasangan tiang elektrik banggakan penduduk Selantik Ili, Pantu



Caption: BANGGA...Tr Hearold (kiri) ketika bersama rakyat rumah panjangnya bergambar di hadapan tiang elektrik yang baru dipasang di situ hari ini.

PANTU, Selasa (10 April) – Kerja-kerja pemasangan tiang elektrik telah memberi harapan baru kepada penduduk di kawasan daerah Pantu khasnya di Rumah Hearold Ernest, Selantik Ili.

Semenjak kerja pemasangan tiang elektrik dilakukan di Selantik Ili kita-kira tiga hari lepas, rakyat di kawasan Selantik Ili mula melahirkan keyakinan terhadap usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menaiktaraf hidup mereka pada masa sekarang.

Tuai Rumah Hearlod Ernest ketika ditemui hari ini memberitahu rakyat Selantik Ili, Pantu memberi kerjasama sepenuhnya terhadap pihak kontraktor dalam melakukan kerja pemasangan elektrik di rumah panjang mereka pada masa sekarang.

“Saya mewakili rakyat Selantik Ili, Pantu melahirkan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak Kerajaan BN kerana telah membuktikan kesungguhan mereka dalam menaiktaraf hidup rakyat di kawasan luar bandar,” katanya.

Walaupun bekalan elektrik 24 jam mungkin bakal disalurkan ke Selantik Ili, Pantu pada bulan Mac tahun hadapan, rakyat katanya akan tetap setia menanti projek tersebut siap sepenuhnya pada awal tahun hadapan.

Dengan adanya kemasukan bekalan elektrik 24 jam pada tahun hadapan, beliau yakin bahawa rakyat di rumah panjang Selantik Ili, Pantu akan dapat menjimatkan kos sara hidup masing-masing selepas itu.

“Sesetengah rakyat di kawasan Selantik Ili, Pantu masih bergantung kepada penggunaan enjin janakuasa elektrik untuk menghasilkan tenaga elektrik pada waktu malam manakala sesetengahnya pula hanya menggunakan lampu pelita.

“Jika bekalan elektrik ini sudah disalurkan kelak maka saya yakin ia akan menjadi satu berita gembira buat rakyat di Selantik Ili dan sesetengah rumah panjang dalam kawasan Pantu yang tidak sabar menantikan kemudahan tersebut,” katanya.

Terdahulu Selantik Ili adalah merupakan salah sebuah rumah panjang yang berada di bawah pentadbiran Ahli Parlimen Sri Aman iaitu Masir Kujat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin iaitu Snowdan Lawan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment