Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Saturday, April 7, 2012

Patuhi arahan pegawai polis - JUsoh



Caption: FOKUS...Mat Jusoh (kanan) ketika menyampaikan taklimat ringkas mengenai aturan trafik di Bandar Sri Aman ketika berlangsungnya sidang media di pejabat beliau petang hari ini.

SRI AMAN, Khamis (5 April)  – Pengguna kenderaan dinasihatkan untuk mematuhi dan mengikut petunjuk lalulintas dan arahan pihak polis ketika berlangsungnya sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012 di Bandar Sri Aman bermula dari 6 hinga 8 April kelak.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad ketika bercakap kepada pemberita memberitahu beberapa batang jalan akan dijadikan sebagai laluan sehala bagi melancarkan lalulintas di bandar ini ketika berlangsung pesta tersebut.

“Jalan Resak, Jalan Kolam Air, Jalan Durian, Jalan Foochow dan Jalan Mangga akan dijadikan sebagai laluan sehala ketika berlangsungnya sambutan Pesta Benak Sri Aman ini nanti.

“Ia adalah antara laluan jalan yang boleh digunakan oleh pengguna kenderaan yang mahu ke Kampung Hilir, ke Lingga atau meletak kenderaan di kawasan yang dikhaskan untuk mereka iaitu Padang Lama KPSU Sri Aman ketika berlangsungnya pesta itu nanti,” katanya.

Orang ramai katanya boleh meletak kenderaan di Sri Aman New Township atau kawasan yang tidak mempunyai tanda kon polis bagi memastikan kelancaran lalulintas jalan ketika berlangsungnya sambutan pesta itu.

Kegagalan orang ramai berbuat demikian termasuk mereka yang parkir sehingga boleh menghalang laluan kenderaan lain kata Jusoh akan membolehkan pihak polis menunda kenderaan masing-masing selepas itu.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar mengikut arahan anggota polis dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan yang bertugas di kawasan jalan raya ketika berlangsungnya pesta tersebit,” katanya.

Sementara itu beliau juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika berkunjung ke tapak sambutan Pesta Benak Sri Aman demi mengelakkan berlakunya kes jenayah seluk saku terhadap diri masing-masing.

“Pemilik rumah di kawasan Bandar Sri Aman pula dinasihatkan memasang lampu luar rumah pada waktu malam, mempertingkatkan sistem keselamatan rumah atau meminta pertolongan jiran jika meninggalkan rumah untuk menyaksikan pesta ini.

“Jangan tinggalkan barangan berharga di dalam kenderaan. Begitu juga dengan ibubapa agar memastikan anak-anak tidak berdiri hampir dengan tebing sungai jika mahu menyaksikan acara sukan air di Sungai Batang Lupar,” nasihat beliau.

Terdahulu Jalan Hospital masih lagi dikekalkan sebagai laluan ulang-alik dengan laluan Jalan Foochow dijadikan sebagai jalan keluar dari Bandar Sri Aman ketika berlangsungnya sambutan pesta itu nanti.

Utusan Sarawak turut difahamkan bahawa pengguna kenderaan yang datang dari arah luar bandar tidak dibenarkan membelok masuk terus ke simpang bangunan CIMB Bank melainkan memandu mengelilingi bulatan di bangunan Everise jika mahu ke situ.

Tamat.

No comments:

Post a Comment