Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, April 26, 2012

SRS Kampung Muhibah aktif pantau kampung


Caption: PANTAU...Ramli (tengah) ketika melakukan operasi rondaan SRS bersama anggotanya di Kampung Muhibbah, Sri Aman malam tadi.

SRI AMAN, Rabu (18 April) – Rakyat di dalam negeri ini disaran agar menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang ditubuhkan dalam kawasan penempatan masing-masing di masa akan datang.

Ketua SRS Kampung Muhibbah, Sri Aman, Ramli Abu Sera penyertaan rakyat dalam SRS adalah amat baik demi menjaga keselamatan kawasan penempatan masing-masing untuk sepanjang masa.

“Kami telah berjaya membuktikan bahawa keamanan dan keselamatan rakyat di Kampung Muhibbah, Sri Aman sentiasa terpelihara semenjak pasukan SRS ditubuhkan pada akhir tahun lepas.

“Jadikanlah SRS Kampung Muhibbah Sri Aman sebagai contoh dengan menyertai pasukan SRS yang bakal atau telah ditubuhkan dalam kawasan penempatan anda selepas ini,” katanya.

Selain itu Ramli juga menasihatkan para peserta SRS agar bijak mengatur masa masing-masing demi memastikan kesinambungan operasi di kawasan penempatan mereka pada masa akan datang.

Kegagalan berbuat demikian katanya hanya akan membantutkan usaha rondaan SRS dan seterusnya menimbulkan reaksi negatif rakyat terhadap penubuhan pasukan berkenaan selepas itu.

“Jangan sampai rakyat menganggap kita melakukan kerja seperti hangat – hangat tahi ayam. Justeru saya berharap setiap peserta mewujudkan semangat dan tanggungjawab yang tinggi dalam menjayakan operasi SRS selepas ini,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pasukan SRS memikul tanggungjawab dalam membantu pihak polis untuk mengawal kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan penempatan masing-masing dari masa ke semasa.

Terdahulu Ramli bersama anggota SRS Kampung Muhibbah telah melakukan operasi rondaan di sekitar kawasan kampung bermula dari jam 8 malam hingga 12.30 tengah malam tadi demi memastikan keselamatan kampung tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment