Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

Persatuan Ketua Masyarakat Iban bukan pentas untuk berpolitik



Caption: UNTUK ALBUM...Harden (tengah, baju biru) ketika merakamkan gambar kenangan bersama Pemanca Samuel (kiri beliau) dan para ahli persatuan sebaik sahaja tamat mesyuarat tersebut baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin (2 April)  – Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman tidak boleh dijadikan sebagai pentas untuk setiap para ahlinya berpolitik demikian tegas pengerusinya Pemanca Samuel Lawen.

Sebaliknya persatuan tersebut haruslah dijadikan sebagai pentas untuk semua para ahli memperkukuhkan kedudukan kaum Iban di kalangan masyarakat berbilang kaum dalam negara ini pada masa sekarang.

“Setiap ahli persatuan haruslah menggunakan peluang ini mempertahankan budaya dan adat resam kaum kita demi kebaikan generasi seterusnya di masa akan datang,” menurut beliau.

Sameul berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman yang berlangsung di Restoran Alishan Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga meminta ketua masyarakat untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menjayakan lagi perlaksanaan projek pembangunan demi kebaikan rakyat di kawasan masing-masing.

“Ketua masyarakat sebenarnya menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan. Justeru saya berharap agar ahli Persatuan Ketua Masyarakat Kaum Iban memainkan peranan mereka untuk menjayakan visi pembangunan kerajaan selepas ini,” katanya.

Sameul pada majlis itu juga turut menggesa para semua Tuai Rumah untuk membantu Penghulu menguruskan hal ehwal adat di kawasan tadbir masing-masing dari masa ke semasa.

Terdahulu Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ketua Masyarakat Iban Bahagian Sri Aman ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

Tamat.




No comments:

Post a Comment