Caption: KAWAL...Sebuah kenderaan sedang melalui permukaan jalan raya
berminyak sambil dipantau oleh para pekerja syarikat gas di Jalan Sabu hari
ini.
SRI AMAN, Selasa (3 April) – Tiga kejadian kemalangan motorsikal dilaporkan berlaku di
Jalan Sabu iaitu berdekatan dengan kawasan balai bomba lama dalam Bandar Sri
Aman sekitar jam 11 pagi hari ini.
Utusan Sarawak yang secara kebetulan melalui kawasan tersebut mendapati
bahawa minyak yang tertumpah dari sebuah kenderaan tidak dikenali di atas
permukaan jalan di situ telah menjadi punca kepada kejadian kemalangan
terbabit.
“Kami telah terlihat minyak bercucuran di atas sepanjang jalan terbabit dari
enjin sebuah kenderaan yang sebelum itu telah memasuki bengkel berdekatan
dengan kawasan kemalangan itu.
“Minyak tersebut menyebabkan permukaan jalan menjadi licin hingga
menyebabkan berlakunya tiga kejadian kemalangan motorsikal dalam kawasan
tersebut,” kata seorang pekerja kedai perabot di situ.
Bagi membendung lebih banyak kejadian buruk berlaku, beberapa orang pekerja
kedai telah bertindak memasang kon sambil menasihatkan pengguna jalan raya agar
memperlahankan kenderaan dan berhati-hati melalui jalan tersebut.
Beberapa buah kenderaan kelihatan hilang kawalan buat sementara waktu
ketika melintasi permukaan jalan raya berminyak sebelum para pemandunya berjaya
mengawal kembali kenderaan masing-masing.
Pihak polis kemudiannya tiba untuk mengawal lalulintas jalan raya dengan
pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Bahagian Sri Aman bertindak membersihkan
kembali permukaan tersebut dengan air sehingga jam 12.45 petang.
Tamat.
Excellent blog& presentation. Keep writing more and more. I voted for your blog and suggested your blog to my friends also.
ReplyDelete2006 Pontiac Torrent AC Compressor