Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

Bekas tentera dinasihat jangan cari publisiti murahan - Harden



Caption: JASAMU DIKENANG...Harden sedang menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada seorang penerima sambil disaksikan oleh Monday (baju kot hitam) dan Nalang (kanan beliau) ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

SRI AMAN, Ahad (25 Mac) – Golongan bekas tentera dinasihat agar tidak mencari publisiti murahan menerusi media cetak dan elektronik untuk mengadu mengalami masalah kerumitan hidup masing-masing.

Ini kerana Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) merupakan platform terbaik mereka jika ingin masalah kerumitan hidup mereka diselesaikan selepas ini kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

“Golongan bekas tentera boleh mendaftar menjadi ahli PBTM atau melapor kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran agar kebajikan hidup mereka sentiasa terbela dari masa ke semasa.

“Jika tidak mendaftar sebagai ahli maka bagaimana kita boleh mengetahui masalah mereka? Oleh itu golongan bekas tentera tidak perlu melapor kepada pihak media sebagai jalan mudah untuk menyelesaikan masalah mereka di masa akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PBTM cawangan Sri Aman 2012 yang berlangsung di sebuah hotel tempatan dalam Bandar Sri Aman kelmarin.

Selain itu PBTM dan Jabatan Hal Ehwal Veteran kata Harden juga menyediakan banyak kemudahan kebajikan kepada mana-mana bekas tentera yang telah mendaftarkan diri sebelum ini.

“Paling penting sekarang ini ialah ahli PBTM perlu lebih kerap turun padang untuk menyebarkan maklumat mengenai kebaikan menjadi ahli kepada mana-mana bekas tentera yang belum berbuat demikian mulai sekarang,” katanya.

Terdahulu beliau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada PBTM cawangan Sri Aman.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak, Leftenan Kolonel Monday Juhid, Pengerusi PBTM cawangan Sri Aman, Nalang Selingau dan ahli PBTM Sri Aman yang lain.

Sesi Mesyuarat Agung PBTM cawangan Sri Aman 2012 ini juga turut diserikan lagi dengan majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia oleh Harden kepada 15 orang ahli PBTM Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment