Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, April 16, 2012

Komuniti aman tingkat ekonomi rakyat - Rayong


Caption: TERIMALAH...DSP James menyampaikan cenderamata kepada Rayong sambil disaksikan oleh Nyalau (dua kiri) dan Mussen (kiri sekali) pada majlis itu kelmarin.

ENGKILILI, Selasa (10 April) – Kewujudan komuniti aman akan membolehkan taraf ekonomi rakyat dipertingkat ke tahap lebih baik selepas itu demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa.

Katanya komuniti aman akan tercapai dengan adanya kerjasama yang diberikan oleh semua rakyat terhadap pihak polis yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan hidup mereka.

“Kadar kes jenayah di kawasan Lubok Antu juga berjaya diturunkan dengan adanya usaha oleh pihak polis di sini sesuai dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar kes jenayah di Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA.

“Justeru saya berharap agar rakyat di kawasan Lubok Antu khasnya daerah kecil Engkilili dapat memanfaatkan keadaan terbabit dengan mempertingkatkan aktiviti ekonomi masing-masing selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pemimpin bersempena dengan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205 di Dewan Serbaguna Engkilili kelmarin.

Selain itu Rayong juga yakin bahawa calon Barisan Nasional (BN) akan memperoleh undi majoriti yang lebih besar ketika mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Rakyat dalam kawasan Parlimen Lubok Antu perlu terus menyokong BN pada PRU13 memandangkan hanya kerajaan sahaja yang mampu menaiktaraf hidup mereka dari masa ke semasa.

“Atas sebab ini saya meminta rakyat Lubok Antu untuk memberi kerjasama dengan William Nyalau Badak yang akan bertanding mempertahankan semula kerusi parlimen tersebut pada pilihan raya itu nanti,” katanya.

Rayong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada Kelab Polis Ibupejabat Polis Daerah Lubok Antu dan RM5,000 lagi untuk Persatuan Keluarga Polis Lubok Antu.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak itu turut dihadiri oleh ADUN Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh dan Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP James Johnathan.

Tamat.





No comments:

Post a Comment