Caption: HAIYA HAHAHA KUAT LIHAI OO...Maxwell menunjukkan tanda menarik terhadap model Proton Preve ketika berlangsung majlis pelancaran model tersebut di premis Sri Aman Automobile (Freeway) hari ini.SRI AMAN, Selasa (17 April) – Kenderaan terbaru keluaran Proton iaitu Preve nyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada pemilik kenderaan dari Bandar Sri Aman ini njak ia dilancar serentak di seluruh negara pada jam 8.30 malam tadi.Ia terbukti apabila pengedar sah bagi Proton Edar iaitu Sri Aman Automobile Sendirian Berhad telah menerima sebanyak enam buah tempahan daripada orang ramai menjelang jam 11.30 pagi hari ini terhadap model kenderaan terbaru tersebut.Pengarah Jualan Sri Aman Automobile Sendirian Berhad, Maxwell Lee Teck Koon ketika ditemui berkata tempahan terbabit membuktikan bahawa Proton Preve setanding dengan kenderaan berjenama tinggi yang berada di negara ini pada masa sekarang.“Proton Preve diperlengkapkan dengan pelbagai ciri menarik khas untuk kepuasan para pengguna Smart Info Display, Sensor Cahaya Automatik, Anti Trap Power Window, Brake Assist, Traction Control dan beg keselamatan udara.“Disamping ruang tempat letak barang yang lebih luas, Proton Preve juga turut menawarkan ruang dalaman yang lebih intim dengan ciri keselamatan dipertingkatkan bagi model kali ini,” katanya.Proton Preve katanya telah ditawarkan dalam enam jenis model antaranya ialah 1.6MT Executive (Solid), 1.6MT Executive (Metalic), 1.6CTV Executive (Solid), 1.6CTV Executive (Metalic), 1.6CTV Premium (Solid) dan 1.6CTV Premium (Metalic).“1.6MT Executive (Solid) dijual pada harga (On The Road Price) RM61,540, 1.6MT Executive (Metalic) pada harga RM61,990, 1.6CTV Executive (Solid) pada harga RM64,540 dan 1.6CTV Executive (Metalic) pada RM64,990.“Manakala itu model 1.6CTV Premium (Solid) dan 1.6CTV Premium (Metalic) pula masing-masing dijual pada harga RM74,540 dan RM74,990,” katanya sambil menambah model terbabit boleh didapatui dalam warna Tranquility Black, Blue Lagoon, Genetic Silver, Solid White, Fire Red dan Elegent Brown.Mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang model proton tawaran Sri Aman Automobile terbabit kata Maxwell boleh menghubungi Kelvin Wong di talian telefon bimbit 016-8777152 atau 013-5201778 selepas ini.Terdahulu premis Sri Aman Automobile telah menjadi tumpuan ratusan orang pengunjung bermula jam 8.30 pagi hingga 10.45 malam tadi yang mahu melihat dengan lebih dekat model terbaru proton berkenaan.Tamat.
Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss
Thursday, April 26, 2012
Sri Aman Automobile lancar Prevee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment