Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, April 26, 2012

Tolong upgrade simpang jalan ke Pasar Baru



Caption: PERLU PERHATIAN...Simpang jalan masuk menuju ke Bandar Baru Sri Aman perlu diperbaiki demi keselesaan pengguna kenderaan selepas ini.

SRI AMAN, Rabu (18 April)  – Keselesaan pengguna kenderaan yang menuju ke kawasan Bandar Baru Sri Aman boleh dipertingkatkan sekiranya salah satu dari simpang jalan masuk ke situ diperbaiki selepas ini.

Hasil tinjauan Utusan Sarawak mendapati bahawa simpang jalan masuk dari arah Jalan Paya menuju ke Bandar Baru Sri Aman telah mengalami kerosakan sehingga melecehkan para pengguna kenderaan di sini.

Kerosakan jalan tersebut mencakupi beberapa lekuk lubang dan turapan par yang tidak kemas sehingga menyebabkan semua pengguna kenderaan terpaksa memandu perlahan ketika memasuki simpang tersebut.

“Anda boleh melihatnya (kerosakan) tersebut hingga sekarang,” kata seorang pengguna iaitu Levinson Nading ketika ditemui di kawasan Bandar Baru Sri Aman berkenaan hari ini.

Katanya pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak akan merasai kerosakan pada simpang jalan masuk menuju ke kawasan bandar baru berkenaan dari arah Jalan Paya melainkan bagi pemandu kenderaan kecil seperti Perodua Kancil.

Akibatnya ialah hentakan kuat kata Nading akan dirasai oleh semua pemandu kenderaan sekiranya mereka memandu secara laju di laluan keluar atau masuk simpang Bandar Baru Sri Aman tersebut.

“Pemandu juga boleh disalahkan atas kelalaian mereka. Namun begitu proses baik pulih kerosakan laluan simpang jalan masuk di situ juga adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan di sini.

“Justeru saya meminta pihak berwajid untuk menurap semula laluan jalan masuk di simpang itu demi mempertingkatkan keselesaan pengguna kenderaan di sini pada masa akan datang,” katanya.

Louis King ketika ditemui pula berkata pengguna kenderaan boleh menggunakan laluan alternatif yang lain jika tidak mahu memasuki kawasan Bandar Baru Sri Aman selepas ini.

“Para pengguna kenderaan boleh menggunakan lorong laluan pertama jika tiba di bulatan Bandar Sri Aman jika mahu terus menuju ke kawasan pasar baru Bandar Baru Sri Aman,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment