Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Wednesday, April 4, 2012

Jangan gadai masa depan pembangunan - Masir



Caption: DARI KERAJAAN...Masir sedang menyampaikan cek peruntukan kepada salah seorang penerima ketika berlangsungnya majlis itu kelmarin.

PANTU, Selasa (3 April) – Rakyat dalam kawasan Parlimen Sri Aman dinasihat agar tidak mengadaikan masa depan pembangunan hidup mereka dengan menyokong pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata sebab utama ialah negeri Sarawak telah pun dilimpahi dengan sejumlah peruntukan yang amat besar daripada pihak Kerajaan Pusat bagi merancakkan lagi proses pembangunan di sini dari masa ke semasa.

“Kawasan kita juga tidak terkecuali daripada menikmati hasil peruntukan berkenaan melainkan jika rakyat bertindak menyebabkan pihak pembangkang berjaya merebut kawasan ini daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas PRU13 nanti

“Justeru jika rakyat perlulah terus mempertahankan kerusi Parlimen Sri Aman milik BN pada PRU13 jika tidak mahu melihat usaha pembangunan di kawasan mereka terbantut selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Wawasan yang berlangsung di Rumah Jampang, Munggu Sawa, dalam kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman kelmarin.

Selain itu Masir pada majlis itu juga menasihatkan para rakyat mengemukakan rayuan bagi memohon semula Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sekiranya permohonan mereka ditolak sebelum ini.

“Rayuan permohonan BR1M masih lagi dibuka terhadap semua rakyat pada masa sekarang. Ia tanda keprihatinan dan kesungguhan pihak kerajaan BN untuk membantu kebajikan hidup mereka dari ke semasa,” katanya.

Terdahulu beliau menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan bernilai RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Jampang dengan RM3,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang tersebut.

Hadir sama  pada majlis berkenaan ialah pembantu khas kepada Masir iaitu Abah Unggie, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment