Mugshot: MONICA MIDI
SRI AMAN, Rabu (25 April) – Penduduk dari kawasan Lubok Antu dijemput untuk
memeriahkan Program Pentas Gawai WAI FM Iban 2012 yang akan berlangsung di
Rumah Jubang, Sebangki Panjai, Lubok Antu pada 5 Mei ini.
Jurucakapnya Monica Midi menerusi siaran media hari ini memberitahu Program
Pentas Gawai WAI FM Iban 2012 itu nantu akan bermula pada jam 6.30 petang di
rumah panjang tersebut.
“Program yang diadakan pada setiap tahun ini akan dirakam bagi tujuan
siaran di radio (WAI FM) pada 31 Mei kelak bersempena dengan sambutan perayaan
Gawai Dayak pada 1 Jun tahun ini.
“Ia akan didahului dengan jamuan makan malam kepada para hadirin sebelum
upacara perasmian oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau Badak pada
jam 8 malam,” menurut beliau.
Sebaik sahaja selesai upacara perasmian tersebut, para hadirin kata Monica
akan dihidangkan dengan persembahan nyanyian lagu oleh beberapa orang artis
rakaman Iban popular di negeri ini.
Antara artis rakaman Iban yang akan mempersembahkan lagu masing-masing pada
Program Pentas Gawai WAI FM Iban 2012 itu nanti ialah Dom Romeo, Achan, Ita
Medin, Jennarino Jeraki, Betty Bawing dan Ranne Pat..
“Program Pentas Gawai WAI FM Iban 2012 ini turut diserikan dengan
persembahan sketsa oleh Bunyau (Stonton James) dan Bunyau (Ken Michael) dari
Bahagian Iban WAI FM.
“Malah, mereka juga berpeluang untuk bertemu dengan beberapa orang
juruhebah radio WAI FM yang lain disamping mengambil bahagian dalam acara
cabutan tiket bertuah serta kuiz pada program itu nanti,” katanya.
Justeru orang ramai dari sekitar kawasan Lubok Antu kata Monica dipelawa
untuk memeriahkan Program Pentas Gawai WAI FM Iban 2012 terbabit di Rumah
Jubang Bin, Sebangki Panjai pada hari yang dinyatakan.
Tamat.
No comments:
Post a Comment