Caption: TURUN PADANG...ASP Ang (beruniform) ketika memantau aktiviti
Kempen Derma Darah yang berlangsung di pejabat narkotik, IPD Sri Aman kelmarin.
SRI AMAN, Khamis (29 Mac) – Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman telah mengadakan
Kempen Derma Darah 2012 bersempena dengan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205
kelmarin.
Kempen Derma Darah yang berlangsung di pejabat Narkotik, IPD Sri Aman itu
telah bermula dari jam 8 pagi hingga 1 petang dan membabitkan seramai 14 orang
anggota polis serta dua orang kakitangan kerajaan di Sri Aman.
Ketua Bahagian Pengurusan IPD Sri Aman, ASP Ang Tuan Peck ketika ditemui
berkata Kempen Derma Darah ini secara tidak langsung akan dapat menyemarakkan
lagi suasana sambutan Peringatan Hari Polis yang sudah bermula semenjak hari
Ahad lepas.
Dengan adanya kempen sebegini, pihak IPD Sri Aman katanya secara tidak
langsung akan dapat membantu menambah bekalan darah di Bank Darah bagi kegunaan
golongan yang amat memerlukan selepas ini.
“Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205 peringkat IPD Sri Aman sebenarnya
sudah dimulai dengan aktiviti sembahyang tahlil pada 24 Mac sebelum acara
kemuncaknya sehari selepas itu (25 Mac).
“Pihak kita juga akan menganjurkan Kempen Gotong-Royong membersihkan Gereja
Katolik Lady Queen Of Peace pada hari Sabtu ini sebelum diikuti dengan upacara
sembahyang sambutan Peringatan Hari Polis pada hari Ahad kelak,” katanya.
Justeru beliau berharap agar Kempen Derma Darah terbabit akan dapat
dijadikan sebagai satu budaya tanggungjawab sosial dikalangan anggota polis IPD
Sri Aman dari masa ke semasa.
Tamat.
No comments:
Post a Comment