Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Saturday, April 7, 2012

Bazaar Ria Pesta Benak sudah bermula awal


Caption: SUDAH MULA...Gambar menunjukkan para peniaga menjual produk tanaman pokok sempena sambutan Bazaar Ria pada malam 4 April walaupun ia dijangka akan bermula pada lewat petang 5 April.

SRI AMAN, Khamis (5 April) – Pada kebiasaannya sambutan Bazaar Ria akan berlangsung pada lewat petang atau malam pada waktu sehari sebelum berlangsungnya sambutan Pesta Benak di Bandar Sri Aman pada setiap tahun.

Namun begitu kemeriahan atau bahang sambutan temasya kelima terbaik dalam 10 acara terbaik di Sarawak itu nyata telah bermula di sekitar kawasan Bandar Sri Aman pada awal malam tadi iaitu 4 April.

Utusan Sarawak yang mula mengesan kesesakan trafik luar biasa di bandar ini pada lewat waktu petang kelmarin mendapati bahawa proses pemasangan kanopi Bazaar Ria oleh para peniaga adalah punca kepada senario tersebut.

Beberapa orang peniaga yang telah memasang kanopi masing-masing nyata bijak memanfaatkan peluang tersebut dengan menjual produk mereka kepada penduduk yang sering bertandang di Bandar Sri Aman sekitar jam 7.30 petang hingga 10 malam tadi.

Dengan kata lain penduduk tempatan yang tidak sabar-sabar untuk membeli produk di Bazaar Ria telah berkesempatan untuk berbuat demikian tanpa perlu bermula sambutan Pesta Benak pada 6 April.

“Pada fikiran saya kesesakan lalulintas akan berlaku pada petang hari ini. Namun jangkaan saya ternyata salah apabila mendapati bahawa proses pemasangan kanopi dan aktiviti jualan Bazaar Ria telah bermula malam tadi.

“Nampak sambutan Pesta Benak Sri Aman kali tampak meriah. Tidak hairanlah mengapa temasya ini tersenarai di kedudukan kelima dari 10 acara terbaik di negeri ini,” kata seorang peniaga restoran iaitu Elison Linggoh.

Hasil tinjauan Utusan Sarawak juga mendapati bahawa beberapa batang jalan khasnya berdekatan di Tokong Cina dalam Bandar Sri Aman ini telah ditutup bagi memberi laluan kepada proses penganjuran Pesta Benak bermula dari 6 hingga 8 April ini nanti.

Justeru orang ramai khasnya pengguna kenderaan dinasihat agar mencari lokasi parkir kenderaan yang sesuai dalam Bandar Sri Aman jika tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalulintas ketika berlangsung temasya tersebut kelak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment