Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

Mayat ibu lemas dijumpai



Caption: DITEMUI...Para pasukan penyelamat sedang mengusung mayat mangsa sebelum ia dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan bedah siasat hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (30 Mac) – Mayat seorang wanita yang dikhuatiri lemas di kawasan Sungai Sinjur, Sri Aman semenjak petang hari Rabu lepas telah berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 11.15 pagi hari ini.

Mayat Embang anak Bunyam, 48, dari Rumah Japar Anssam, Sinjur Undop, Sri Aman telah ditemui terapung atas sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira 300 meter dari pangkalan air rumah panjang mangsa itu sendiri.

“Ia merupakan hasil usaha pihak polis bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis marin yang telah bertindak mencari mangsa sebaik sahaja laporan berhubung kes itu diterima,” kata seorang jurucakap polis.

Mayat mangsa katanya telah ditemui kembang tanpa ada sebarang tanda gigitan buaya oleh pihak penyelamat sebelum ia dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan bedah siasat selepas itu.

Terdahulu mangsa bersama dua orang anaknya iaitu Alexson Inggam Jantan, 15, dan Bradney Jantan, 12 tahun telah menggunakan perahu kecil untuk menyeberangi sungai dari sawahnya sebelum berlaku kejadian tersebut.

Namun begitu faktor angin ribut dan ombak yang beralun sekitar jam 3.30 petang dipercayai telah menyebabkan perahu milik mangsa karam ketika menghampiri kawasan tebingan sungai di situ.

Kedua-dua anak mangsa kata sumber berjaya berenang ke kawasan tebingan sungai di situ dengan mangsa dipercayai hanya timbul sekali di permukaan sungai sebelum terus tenggelam selepas itu.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis bersama pembantunya Patrick Michael telah turun padang ke rumah panjang mangsa untuk menyumbang bantuan sebanyak RM1,000 kepada keluarga mangsa.

Tamat.





No comments:

Post a Comment