Caption: PERLU DITUTUP...Lubang longkang berdekatan bangunan KWSP Sri Aman
nyata terdedah hasil tinjaun Utusan Sarawak sebelum ini.
SRI AMAN, Isnin (23 April) – Lubang longkang yang tidak tertutup dengan begitu sempurna
berdekatan dengan bangunan lot 916, Jalan Hospital dalam Bandar Sri Aman ini
mungkin tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada orang dewasa.
Namun begitu ia mungkin boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak yang
sering melewati kawasan berkenaan pada waktu lewat petang atau malam walaupun
kemalangan membabitkan golongan tersebut dipercayai masih belum berlaku hingga
sekarang.
Seorang pekerja bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Nasir memberitahu lubang
berkenaan dikatakan dalam dan boleh menimbulkan kecederaan kepada kanak-kanak
sekiranya tidak ditutup dengan sempurna selepas itu.
“Penutup besi pada lubang parit tersebut sudah terbuka agak lama. Lubang
parit itu sudah semestinya akan menarik perhatian kanak-kanak yang sering
berdekatan kawasan itu tanpa kawalan ibubapa mereka.
“Lagipun ia cukup dalam bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.
Justeru saya berharap agar lubang berkenaan ditutup semula dengan sempurna demi
mengelak kanak-kanak dari memasuki lubang tersebut selepas ini,” katanya.
Seorang penduduk iaitu Nashree juga melahirkan rasa bimbang terhadap lubang
tersebut memandangkan ia terletak tidak jauh dari lokasi rehat penduduk kampung
yang datang ke Bandar Sri Aman pada setiap hari.
Katanya lubang longkang tersebut terletak berdekatan bangunan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan secara kebetulan menjadi lokasi penduduk kampung
dan anak-anak kecil mereka untuk berehat di situ sehingga waktu tengahari.
“Buat sementara waktu, kedudukan lubang longkang yang terdedah itu telah
dilindungi oleh pokok bunga dan tidak dapat dilihat oleh kebanyakkan orang
ramai di kawasan bangunan tersebut.
“Atas sebab ini saya berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan mengambil
kesempatan ini untuk segera menutup kembali lubang tersebut dengan besi agar ia
tidak boleh dimasuki oleh mana-mana pihak di masa akan datang,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment