Caption: SIMBOLIK...Harden (kiri) bersama Patrick (tengah baju kuning)
ketika bersama penduduk untuk menyempurnakan simbolik perasmian program
berkenaan kelmarin.
SRI AMAN, Selasa (24 April) – Rakyat khasnya dari kawasan luar bandar Sri Aman perlu
memberi kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap komponen parti Barisan
Nasional (BN) dalam negeri ini.
Ketua Pergerakan Pemuda, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) N.27
Simanggang, Patrick Michael Malajin berkata ia amat penting demi meneruskan
rentak pembangunan dalam negeri ini khasnya di Sri Aman dari masa ke semasa.
“Sokongan padu perlu diberikan kepada Kerajaan BN Negeri yang dipimpin oleh
Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib demi memperhebatkan lagi kemajuan
negeri dan kawasan Sri Aman pada masa akan datang.
“Justeru saya menyeru agar rakyat khasnya dari kawasan luar bandar Sri Aman
untuk sentiasa bersedia supaya tidak muda terpedaya dengan tipu helah serta
janji kosong pihak pembangkang menjelang Plihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan
datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Turun Padang Dan Gotong
–Royong anjuran Pemuda Bumiputera SUPP N.27 Simanggang di Rumah Kanselor
Ringgit Bayang, Ibol, Sri Aman kelmarin.
Sementara itu Program Turun Padang Dan Gotong-Royong jelas Patrick juga
bertujuan memantau masalah rakyat disamping ingin mengetahui hasil perkembangan
aktiviti yang dilaksanakan oleh JKKK Rumah Ibol sebelum ini.
“Pihak kami menerusi program ini juga mahu membantu mendaftarkan penduduk
berusia 21 tahun ke atas sebagai pengundi dan juga memantau sama ada kesemua
anak-anak di rumah panjang ini bersekolah atau tidak.
“Kami adalah telinga dan jambatan kerajaan BN. Oleh itu kami akan
meneruskan program seperti ini di kawasan taman dan luar bandar dalam kawasan
DUN Simanggang serta Parlimen Sri Aman dari masa ke semasa,” katanya.
Terdahulu Program Turun Padang Dan Gotong–Royong anjuran Pemuda Bumiputera
SUPP N.27 Simanggang itu telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar
Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.
Program ini turut dijayakan oleh 100 orang ahli JKKK, ahli SUPP Simanggang
dan ahli dari Pergerakan Pemuda Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang
turut menyaksikan penglibatan Kanselor Barbara Mawan.
Kesemua mereka turun padang untuk membersihkan kawasan tebingan Sungai
Raya, Ibol dan sekitar rumah panjai berkenaan bermula dari jam 10 pagi hingga 2
petang.
Tamat.
No comments:
Post a Comment