Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, April 26, 2012

Rakyat Sri Aman happy Masir jadi calon PRU13


 HEAROLD...Gandingan mantap ADUN

 JAMES...Berpandangan lurus

RUMA...Wujud pembangunan

SRI AMAN, Rabu (18 April) – Rakyat dalam kawasan Parlimen Sri Aman berasa gembira apabila wakil rakyat mereka iaitu Masir Kujat akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang.

Keyakinan mereka kian menggunung apabila Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing mengesahkan bahawa nama beliau tersenarai antara enam orang calon yang dipilih untuk bertanding semula bagi pihak parti itu pada PRU13 kelak.

Seorang pekerja swasta iaitu James Ngumbang, 35, dari Rumah Gana, Kesindu, Simunjan berkata Masir adalah seorang Ahli Parlimen yang bersikap terbuka dan berpandangan lurus ketika melaksanakan tugasnya selama ini.

“Lagipun kampung saya sudah pun menerima bekalan elektrik 24 jam apabila beliau menjadi Ahli Parlimen Sri Aman semenjak tahun 2008. Penantian untuk merasai kemudahan itu akhirnya tercapai setelah beliau menjadi wakil rakyat kami,” katanya.

Sementara itu Tuai Rumah Selantik Ili, Pantu, Hearold Ernest berpendapat bahawa Masir dan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan adalah merupakan satu gandingan mantap bagi memajukan kawasan penempatan mereka.

Beliau juga yakin bahawa wakil rakyat tersebut tersebut telah pun menjalankan tugas dengan baik bersama dua orang ADUN dalam parlimennya iaitu Datuk Francis Harden Hollis dan Datuk Mong Dagang selama ini.

“Saya yakin Masir tidak akan menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sri Aman. Saya bersama rakyat yang lain akan terus menyatakan sokoh terhadap pada beliau pada PRU13 kelak,” katanya.

Justeru seorang penduduk dari kawasan Sungai Indai, Simunjan iaitu Ruma, 34, berharap agar Masir terus kekal menjadi Ahli Parlimen Sri Aman untuk tempoh penggal seterusnya selepas ini.

“Kita mahu ada Ahli Parlimen yang boleh bekerjasama dengan para ADUN dan seterusnya membuktikan wujudnya hasil pembangunan selama beliau menjadi wakil rakyat untuk kita di sini dari masa ke semasa,” katanya.

Terdahulu Dr James telah mengumumkan bahawa PRS tidak mengemukakan nama penyandang kerusi Parlimen Hulu Rajang iaitu Datuk Billy Abit Joo untuk bertanding semula pada PRU13 akan datang.

Manakala itu nama calon yang dikemukakan oleh PRS katanya pula ialah Masir Kujat (Sri Aman), William Nyalau Badak (Lubok Antu), Datuk Joseph Salang Gandum (Julau), Datuk Joseph Entulu Belaun (Selangau) dan Aaron Ago Dagang (Kanowit).

Tamat.

No comments:

Post a Comment