Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Saturday, April 7, 2012

Belia dipelawa sertai Dayak Street Group Dancer And Group


Caption: MARI DATANG...Evenster (kiri sekali)  bersama Tom dan Jeff sedang menunjukkan tanda bagus di hadapan banner ketika membuka kaunter promosi sempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012.

SRI AMAN, Khamis (5 April) – Belia berketurunan Dayak dari seluruh negeri ini dipelawa untuk menjadi ahli Dayak Street Group Dancer And Group yang baru ditubuhkan semenjak tiga bulan lepas.

Dayak Street Group Dancer And Group yang bernaung dibawah syarikat Dayak Pictures And Tech Sendirian Berhad itu membuka keahlian kepada belia Dayak berumur di antara 18 hingga 30 tahun.

Jurucakapnya, Joez Evenster ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini memberitahu Dayak penubuhan Street Group Dancer And Group ini bertujuan untuk memperjuangkan konsep modenisasi dalam tarian tradisional milik kaum Dayak.

Katanya idea ini timbul apabila terdapat setengah pihak di Semenanjung Malaysia yang telah memberi nafas baru terhadap tarian dan muzik tradisional kaum mereka kepada konsep yang lebih moden.

“Ia mendorong kami untuk mempopularkan tarian tradisional kaum Dayak ke peringkat lebih tinggi dikalangan lain-lain kaum yang terdapat di negeri ini dan dari luar negara pada masa akan datang.

“Dengan memberi nafas baru terhadap tarian asal kaum Dayak seperti Ngajat, kita yakin akan mampu menarik perhatian lebih ramai pihak terhadap tarian tersebut tanpa menganggu elemen asal tarian berkenaan,” katanya.

Dengan bayaran keahlian berjumlah RM30 seorang, pihak Street Group Dancer And Group kata Joez akan dapat menganjurkan pelbagai jenis aktiviti sekiranya sudah mendapat ramai keahlian selepas ini.

“Belia Dayak yang berminat boleh mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran dan promosi pihak kami bermula dari 6 hinga 7 April berdekatan kawasan Open Air Market Sri Aman bersempena dengan sambutan Pesta Benak Sri Aman ini.

“Mereka juga boleh menghubungi kami di talian telefon 082-577334 atau terus pergi ke pejabat syarikat yang beralamat di AB 203, Tingkat Satu, Block 217, Batu Kawah New Township, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching selepas ini,” katanya.

Terdahulu syarikat Dayak Pictures And Tech menerusi kaunter pendaftaran itu juga turut mempromosi pendaftaran Projek Dayak Pop Stars yang menawarkan hadiah bernilai RM3,500 untuk juara, RM2,500 untuk naib juara dan RM1,500 untuk pemenang tempat ketiga.

Tamat.

No comments:

Post a Comment