Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

Datuk Harden turun padang tinjau proses menyelamat ibu lemas



PRIHATIN...Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis telah berkunjung ke pangkalan air Rumah Japar Anssam, Sinjur Undop, Sri Aman untuk mengetahui perkembangan operasi menyelamat mangsa lemas di situ iaitu Embang anak Bunyam, 48, pada hari Jumaat lepas. Beliau pada kunjungan itu turut menyampaikan bantuan bernilai RM1,000 kepada keluarga mangsa berkenaan. Dua jam selepas Harden meninggalkan lokasi terbabit, mayat mendiang Embang akhirnya berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat kira-kira 300 meter dari kejadian lemas berkenaan. Mangsa dipercayai lemas selepas perahu kecil yang digunakan oleh mendiang bersama dua orang anaknya terbalik dipukul ombak pada petang hari Khamis lepas. Foto sumbangan Patrick Michael. - 2 April

No comments:

Post a Comment