Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 3, 2012

SRS Kampung Muhibbah terus perhebat operasi rondaan



Caption: SEDIA...Ramli (tiga kanan) bersama anggotanya sebelum memulakan operasi SRS di Kampung Muhibbah, Sri Aman malam tadi.

SRI AMAN, Selasa (27 Mac) – Usaha membenteras gejala tidak bermoral dan jenayah oleh Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kampung Muhibbah perlu dijadikan contoh kepada semua penempatan dalam kawasan Sri Aman.

Ia terbukti apabila SRS Kampung Muhibbah telah melaksanakan operasi rondaan di seluruh kawasan kampung terbabit bagi sesi yang kelima bermula dari jam 9 hingga 12.30 malam tadi.

Ketuanya, Ramli Abu Sera ketika ditemui memberitahu operasi rondaan kampung oleh pihak SRS Kampung Muhibbah, Sri Aman semenjak bulan November tahun lepas mula menunjukkan keberkesanan pada masa sekarang.

“Kampung Muhibbah Sri Aman kini dilaporkan bebas daripada segala aktiviti tidak bermoral dan jenayah semenjak kami melancarkan operasi SRS dari akhir tahun lepas hingga sekarang.

“Kejayaan ini secara tidak langsung telah mendorong pihak SRS Kampung Muhibbah untuk membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membenteras gejala terbabit di masa akan datang,” katanya.

Selain itu Ramli juga mahu semangat dalam kalangan anggota SRS Kampung Muhibbah terus meningkat demi mewujudkan tahap keselamatan yang lebih kukuh untuk penduduk kampung selepas ini.

“Justeru saya berharap agar semangat untuk kita bertugas secara sukarela dalam SRS Kampung Muhibbah ini akan terus dipratikkan dengan lebih baik demi kebaikan penduduk kampung,” katanya.

Tamat.




No comments:

Post a Comment