Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Saturday, April 7, 2012

14 peserta berentap dalam Miss Tourism


LANCAR...Seramai 14 orang peserta telah mengambil bahagian dalam peringkat saringan Miss Tourism Benak 2012 yang berlangsung di Mini Stadium Sri Aman sekitar jam 2 petang hari ini. Daripada jumlah itu, hanya seramai 10 orang peserta akan terpilih untuk mara ke peringkat akhir Pertandingan Miss Tourism Benak 2012 yang akan berlangsung di Pentas Budaya Ria pada 7 April ini bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam. Terdahulu Miss Tourism Benak 2012 ini adalah merupakan salah satu acara penyeri bagi sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012 yang akan bermula dari 6 hingga 8 April. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang bersama rombongan menteri Kabinet Kerajaan Negeri akan hadir bagi menyaksikan peringkat akhir pertandingan tersebut. - 5 APRIL

No comments:

Post a Comment