Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Monday, April 16, 2012

Landas Sri Aman rangkul banyak kemenangan Regatta Pesta Benak 2012


Caption: TAHNIAH...Arip sedang menerima piala kejohanan daripada Harden sambil disaksikan oleh tetamu khas ketika berlangsungnya majlis penyampaian hadiah sempena sambutan hari terakhir Pesta Benak Sri Aman pada hari Ahad lepas.

SRI AMAN, Selasa (10 April) – Pasukan Landas (Land And Survei) Sri Aman telah berjaya membuktikan bahawa mereka adalah antara pasukan handalan yang berentap dalam acara Regata yang berlangsung pada Pesta Benak Sri Aman dari 6 hingga 8 April lepas.

Pasukan Landas Sri Aman menerusi acara Regatta Batang Lupar telah berjaya mengumpul kemenangan berjumlah RM13,264.80 menerusi beberapa sakai dan lumba pecut yang diadakan menerusi acara tersebut.

Jurucakapnya Arip Abong ketika ditemui berkata kejayaan pertama yang dikecapi oleh pasukan Landas Sri Aman ialah apabila memperoleh kedudukan nombor satu bagi acara saringan Sakai 30 Lelaki untuk melangkah ke saringan Kategori Kejohanan pada 6 April.

“Pada 7 April pula kami telah turut memperoleh tempat ketiga bagi Sakai 15, johan dan naib johan bagi Sakai 30 Kategori II, tempat ketiga untuk Sakai 15 Kategori Kejohanan, johan dan naib johan untuk Sakai 20 Kategori II serta naib johan untuk Sakai 15 Kategori 1,” katanya.

Pasukannya juga memperoleh johan dan tempat ketiga bagi Lumba Pecut 300 Meter Sakai 30, johan dan naib johan untuk Sakai 30 Kategori II, tempat ketiga bagi Sakai 15 Kategori Kejohanan, johan dan tempat ketiga bagi Sakai 20 Kategori Kejohanan dan naib johan bagi Sakai 30 Kategori Kejohanan pada 8 April lepas.

“Kejayaan termanis buat pasukan Landas Sri Aman ialah apabila muncul johan dua kali berturut-turut bagi Kejohanan Sakai 15. Walaupun gagal meraih gelaran Raja Air Batang Lupar namun kejayaan ini sudah cukup untuk memuaskan hati kami,” katanya.

Terdahulu gelaran Raja Air Batang Lupar sempena Pesta Benak Sri Aman 2012 sah milik pasukan Cahaya Jen apabila mereka muncul sebagai johan Kategori Kejohanan Sakai 30 Lelaki yang berlangsung di Sungai Batang Lupar, Sri Aman pada 8 April lepas.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis sambil disaksikan oleh Residen Sri Aman, Johnathan Lugoh telah menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut.

Tamat.


No comments:

Post a Comment