Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Tuesday, April 10, 2012

Pertandingan Mewarna serikan sambutan Pesta Benak 2012


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (tengah) bersama Masir (kiri) ketika merakamkan gambar kenangan bersama peserta tetamu khas sebaik sahaja tamat pertandingan itu hari ini.

SRI AMAN, Ahad (8 April) – Sambutan hari terakhir Pesta Benak Sri Aman telah diserikan lagi dengan acara Pertandingan Mewarna yang berlangsung di Pentas Budaya Ria bermula dari jam 8 hingga 11 pagi hari ini.

Pertandingan Mewarna bersempena dengan sambutan Pesta Benak Sri Aman 2012 itu disertai hampir 20 oang peserta yang terbahagi kepada dua buah kategori iaitu Pra Sekolah dan Tahap Satu.

Kategori Pra Sekolah menyaksikan murid Tadika Methodist iaitu Lee Ching Ping muncul juara dan sekaligus membawa pulang hadiah berupa buku dan alatan menulis menerusi pertandingan tersebut.

Kemenangan Lee diikuti oleh Annie Wong dari Tadika Methodist dan Farsha Razi dari Tadika Hikmah pula masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga bagi kategori Pra Sekolah berkenaan.

Manakala itu Kategori Tahap Satu pula menyaksikan Gareth Law dari Tadika Chung Hua Simanggang muncul dengan Po Kuang Ching dan Joana Sii Yong Yee menduduki tempat kedua serta ketiga bagi kategori terbabit.

Selebihnya para peserta yang gagal memperoleh kedudukan tempat pertama hingga ketiga bagi kedua-dua kategori tersebut hanya menerima hadiah saguhati daripada pihak penganjur.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada para peserta.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Johnathan Lugoh dan timbalannya Felicia Tan, Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh, Jurutera Bahagian JKR Sri Aman, Cassidy Morris dan Walikota Sri Aman, Piau Inggot.

Tamat.

No comments:

Post a Comment