SRI AMAN, Khamis (5 Apil) – Jabatan Penyiaran
Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan mengelolakan Sesi Uji Bakat Pertandingan
Bintang Kecil 2012 bagi Peringkat Bahagian Sri Aman dan Betong bermula dari 6
hingga 7 April ini nanti.
Siaran media hari ini memberitahu sesi uji bakat bagi Bahagian Sri Aman dan
Betong akan diadakan di Studio Mini Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman di
Tapak Pesta Benak Sri Aman bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
“Penyertaan Pertandingan Bintang Kecil 2012 ini terbuka kepada semua
kanak-kanak Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan lahir dari
tahun 2001 hingga 2005.
“Salinan dan sijil kelahiran hendaklah dibawa bagi tujuan pengesahan ketika
menghadiri uji bakat ini nanti,” katanya sambil menambah bahawa semua peserta
dikehendaki menyanyikan lagi dalam Bahasa Melayu sesuai dengan konsep
pertandingan tersebut.
Dengan para peserta tidak dibenarkan membawa lagu berentak Heavy Metal atau
Hard Rock, kenyataan itu memberitahu bahawa para peserta amat digalakkan untuk
membawa lagu berunsur patriotik ketika menghadiri sesi uji bakat itu nanti.
Setiap peserta katanya dikehendaki membawa Minus One sendiri sama ada dalam
bentuk CD atau VCD apabila hadir pada sesi uji bakat tersebut dengan lagu
berbentuk medley (dua lagu) dibenarkan bagi tujuan persembahan setiap peserta.
“Kita tidak akan menyediakan muzik kecuali bagi peringkat saringan akhir
bagi Zon / Bahagian (Sarawak), Peringkat Negeri Sarawak dan Peringkat Kebangsaan
memandang mereka akan diiringi oleh kugiran yang disediakan oleh pihak
penganjur.
“Justeru mereka ingin mengetahui lebih lanjut tentang sesi uji bakat ini
boleh menghubungi Tiong Ting Hung (RTM Sri Aman) di talian telefon 083-321121
atau 010-7816681 selepas ini,” katanya.
Kenyataan terbabit juga turut memberitahu bahawa penampilan para peserta
dari segi pakaian, solekan dan hiasan hendaklah sesuai dengan alam kanak-kanak
ketika menghadiri sesi uji bakat ini nanti.
“Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
perbelanjaan, kerosakan harta benda atau kecederaan dan kemalangan ke atas diri
peserta ketika menghadiri sesi uji bakat itu nanti,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment