Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Program Kampung Hilir Sihat berjaya



Caption: SERIUS...Ketua Sukarelawan, Mas Mashore Haji Maslem sedang melaksanakan pemeriksaan kesihatan terhadap seorang wanita bersempena dengan Hari Aktiviti NCDP 1 Malaysia di Kampung Hilir Sri Aman baru-baru ini.

SRI AMAN, Jumaat (20 JULAI) - Kawasan Rukun Tetangga (KRT)  Tanjung Engkabang telah menganjurkan Hari Aktiviti NCDP 1 Malaysia atau Kampung Hilir Sihat yang telah berlangsung di kampung berkenaan baru-baru ini.

Pengerusi KRT Tanjung Engkabang, Mas Mashore Haji Maslem berkata aktiviti berkenaan juga turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Bomba Sukarela dan Jabatan Kesihatan Sri Aman.

"Hari Aktiviti NCDP 1 Malaysia terbabit bertujuan untuk memudahkan masyarakat setempat mengetahui tahap pencegahan penyakit tidak berjangkit dengan lebih mendalam.

"Menerusi aktiviti ini pihak kita berpeluang untuk mendidik mereka mengenai langkah penjagaan kesihatan disamping mengurangkan risiko serangan tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit Cardiovascular dan sebagainya," katanya.

Bagi menjayakan program ini pihaknya telah menganjurkan Senaman 1 Malaysia, Pertandingan Melukis Kanak-Kanak, Saringan Kesihatan, Pertandingan Memasak, Sukaneka, Karaoke, Persembahan Kebudayaan dan Penurunan Berat Badan Unggul.

Mashore yakin bahawa aktiviti yang diadakan menerusi program tersebut akan dapat menyedarkan masyarakat setempat tentang betapa pentingnya senaman dalam diri mereka selepas ini.

"Justeru pihak KRT Tanjung Engkabang merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Bomba Sukarela dan Jabatan Kesihatan Sri Aman  kerana memberi kepercayaan kepada kita untuk menganjurkan program tersebut," katanya.

Terdahulu majlis penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Sri Aman, Dr Dayang Hafizah Awang Che sambil disaksikan oleh Ketua PP, PKB Sri Aman, Kingston Kuan Yu dan Penolong Pegawai Perubatan Kanan, Unit NCD Sri Aman, Yusuf Suhaili.

Tamat.





No comments:

Post a Comment