Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak di sekitar kawasan Sri Aman, Simunjan, Balai Ringin, Pantu, Engkilili dan Lubok Antu. Anda boleh mengirim e-mail bahan berita anda ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran secara percuma selepas ini. Terima kasih bosss

Thursday, August 2, 2012

Kampung Muhibbah adakan Pertandingan Bertuntong



Mugshot: RAMLI ABU SERA

SRI AMAN, Selasa (24 Julai) – Kemeriahan sambutan bulan Ramadhan di Sri Aman nyata diserikan lagi dengan penganjuran Pertandingan Bertuntong 2012 yang melibatkan penyertaan sebanyak 53 buah rumah dari Zon Tengah Kampung Muhibbah di sini.

Pertandingan bagi Kategori Api Elektrik akan bermula pada Malam Tujuh Likor manakala Kategori Kebersihan Kawasan Rumah Sendiri pula akan diadakan pada 11 Ogos kelak.

“Ia diadakan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012. Tujuan utamanya ialah untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya kebersihan di kawasan rumah masing-masing.

“Malah pihak kita menerusi pertandingan ini juga mahu kualiti kesihatan hidup penduduk dapat dipertingkatkan dengan adanya kesedaran seperti itu,” kata pengerusi pertandingan terbabit iaitu Ramli Abu Sera.

Selain itu pertandingan kali keenam anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Kebajikan Kampung (JKKK) Zon Tengah Kampung Muhibbah itu kata beliau juga bertujuan untuk mendidik sikap cintakan kebersihan di kalangan penduduk kampung di sini.

Ramli yakin bahawa sikap cintakan kebersihan dikalangan mereka akan dapat mewujudkan keceriaan serta keindahan di Kampung Muhibbah disamping membasmi kawasan tapak pembiakan nyamuk selepas itu.

“Justeru saya berharap agar kesemua 53 buah rumah tersebut segera menghantar kembali borang yang sudah siap diisi kepada saya (Kategori Elektrik) atau Wan Hanafi Haji Sapiee (Kategori Kebersihan Rumah) sebelum 1 Ogos ini.

“Pemenang bagi kedudukan tempat pertama hingga kelima bagi kedua-dua kategori berkenaan akan membawa pulang hadiah berupa barang makanan dan sijil penyertaan,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment